Menu Utama

Rafizi akui parti berpecah

Rafizi Ramli mengakui PKR mengalami krisis perpecahan kepada dua kumpulan ekoran perbezaan pendapat berhubung rundingan antara parti itu dengan Pas.

Naib Presiden PKR itu berkata, krisis tersebut yang berlaku sejak 2015 dibimbangi akan terus berlanjutan dalam bulan-bulan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sekali gus meng­heret sama Pakatan Harapan di­ketuai DAP dalam permasalahan tersebut.

Namun, beliau yang dilihat tidak senada dengan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu berkata, secara rasionalnya, sebarang rundingan antara PKR dan Pas yang tidak melibatkan Pakatan Harapan adalah satu u­saha yang mustahil membuahkan ha­sil.

“Saya menyebut begitu kerana PKR tidak boleh merundingkan bagi pihak PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam keadaan sebahagian besar tuntutan Pas itu melibatkan PAN, PPBM (dan juga DAP). Pas mahu supaya kerusinya di Selangor dan seluruh negara tidak disentuh.

“Ini bermakna PAN dan PPBM tidak ada kerusi untuk bertan­ding. Saya tidak yakin PKR dan DAP akan menyerahkan kerusi kepada PAN dan PPBM semata-mata untuk memenuhi tuntutan Pas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sejak akhir-akhir ini, PKR dilihat bersungguh-sungguh untuk kembali bersama dengan Pas bagi menghadapi PRU-14.
Polemik tersebut muncul kembali apabila tersebar gambar kunjungan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke atas Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Rafizi yang mungkin berdepan dengan hukuman penjara 18 bulan kerana mendedahkan satu halaman Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu berkata, dalam ke­­adaan rundingan tersebut mustahil membuahkan apa-apa kerana PKR tidak ada kuasa dan mandat untuk memaksakan persetujuannya ke atas Pakatan Harapan.

Sebaliknya, jelas beliau, run­dingan pada saat ini hanya akan melengah-lengahkan pembahagian kerusi di peringkat Pakatan Harapan yang sedang berjalan.

Menurutnya, dengan kenya­taan demi kenyataan Pas yang bukan sahaja menolak pelawaan kumpulan daripada PKR yang mahu berkawan tetapi menghina PKR dari semasa ke semasa, strategi terus melayan kerenah Pas dan menyakitkan hati rakan daripada Pakatan Harapan hanya akan menyebabkan kekalahan seberapa ramai calon PKR terma­suklah dalam kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan itu.

“Ini kerana dalam proses cuba memujuk Pas, PKR akan dilihat tidak berprinsip dan mementingkan diri.

“Apabila rundingan itu gagal akhirnya (kerana mustahil dicapai seperti disebut di atas), PKR bukan sahaja tidak mendapat undi daripada penyokong Pas, malah hilang undi bukan Me­layu dan pengundi tegar Pakatan Harapan yang marah dengan tindakan membelakangkan Pakatan Harapan itu,” katanya,

Utusan






Leave a Reply

Threesome