Menu Utama

PM umum SHIP sasar pendapatan lebih RM20,000 sebulan kepada bumiputera

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelancaran Program Kerjaya Berpendapatan Tinggi ( SHIP) yang bertujuan meningkatkan penglibatan masyarakat bumiputera dalam kerjaya berpendapatan lebih RM20,000 sebulan.

Perdana Menteri berkata, program yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan bermula hujung tahun itu menawarkan peluang kepada masyarakat bumiputera mengikuti latihan dan pensijilan khusus dalam bidang-bidang terpilih.

Beliau memberitahu, fokus akan diberikan kepada industri-industri yang memerlukan tenaga mahir dan profesional seperti perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, kesihatan, maritim dan aeroangkasa.

“Program SHIP ini akan memberi tumpuan kepada mereka yang berpendapatan pertengahan dengan pengalaman bekerja yang berkaitan. Kursus-kursus ini akan dibiayai Bank Rakyat dan mengambil tempoh masa tiga hingga lima tahun.

“Apa yang menarik program ini adalah apabila seseorang tamat program pengkhususan, mereka akan dapat pertimbangan pengurangan pinjaman sehingga 20 peratus dan ini merupakan satu insentif kepada mereka,” katanya ketika berucap menyempurnakan pelancaran SHIP dan #Iniceritasaya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply

Threesome