Menu Utama

PAS Mahu Rampas Kembali Kerusi Gombak, Azmin Kecut Perut

RAKYAT tertanya-tanya juga mengapa Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersungguh-sungguh mengadakan rundingan dengan parti PAS sedangkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP memusuhi PAS dengan sepenuh hati mereka.

Hari ini persoalan tersebut dilihat terjawab apabila Persuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mengeluarkan kenyataan bahawa adalah “wajib” bagi PAS bertanding di Gombak, sebuah kerusi Parlimen yang kini dipegang Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor itu dilihat seolah-olah takut kerusi Parlimen dan Dun Gombak akan dirampas kembali oleh PAS memandangkan ianya bakal menjejaskan kedudukan Azmin di Selangor.

Bagi pihak PAS kerusi tersebut merupakan kerusi yang wajib mereka rampas kembali. PAS Selangor juga mendakwa mereka bersedia bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN di Selangor.

Terdapat tiga kerusi DUN dalam sempadan kawasan Parlimen Gombak – Gombak Setia, Ulu Kelang dan Batu Caves. Daripada ketiga-tiga kerusi itu, calon PAS menang di Gombak Setia dan Ulu Kelang, manakala kerusi Batu Caves dimenangi oleh calon PKR. Ini menunjukkan bahawa Gombak mempunyai pengaruh dan penyokong PAS yang besar.

Nampaknya hasrat Azmin Ali mahu menyelamatkan kerusi beliau gagal apabila Sallehen mengumumkan ketetapan tersebut. Oleh itu, kemungkinan besar tiada kerjasama semula di antara PAS dengan PKR seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Sebelum ini Anggota Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul mendesak Azmin memuktamatkan kepada PKR tarikh akhir sekiranya mahu berbincang dengan PAS memandangkan ramai ahli PKR tidak bersetuju dengan rundingan tersebut. Beliau mendesak agar tarikh akhir diberikan satu atau dua minggu selepas Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 1 September.

Kenyataan Johari tersebut dilihat munasabah kerana pada masa yang sama sekutu Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan tindakan Azmin tersebut.

Azmin Ali seolah-olah mempunyai perancangan sendiri. Ironinya pula perancangan tersebut dilihat membelakangkan kepimpinan kanan PKR. Rakyat Selangor perlu jelas bahawa pemimpin dalam Pakatan Harapan lebih mengutamakan agenda peribadi mereka sendiri. Hanya selepas itu barulah mereka mengambil kira kepentingan rakyat.






Leave a Reply