Menu Utama

Pak Lah seru rakyat semarak semangat

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap rakyat dapat bersama memberi sokongan kepada atlet-atlet negara pada Kejohanan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN yang bakal diadakan pertengahan bulan ini.

Beliau mengunjungi Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil hari ini dengan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) dari Stesen LRT Hang Tuah bersama isterinya, Tun Jeanne Abdullah turut menyarankan agar kemudahan itu dijadikan mod pengangkutan utama.

Abdullah dan Jeanne yang turut membawa bersama ahli keluarga yang lain mengagumi imej sukan dan ungkapan kata semangat yang menjadi hiasan dalaman Stesen LRT Bukit Jalil sebaik tiba di fasiliti pengangkutan awam tersebut.

Selain menjadi gelanggang utama untuk acara trek dan balapan, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil juga akan menyaksikan acara pembukaan dan penutup temasya sukan berkenaan, selain acara-acara di sekitarnya seperti akuatik, badminton dan hoki padang. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply