Menu Utama

OSA: 1MDB Tak Boleh, Skandal Forex Tak Apa

TERDEDAH dalam prosiding RCI Forex hari ini bahawa kes kerugian Forex melibatkan wang rakyat mencecah RM 31.5 Billion ini telah diklasifikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi.  Jangan tanyalah siapa yang klasifikasikannya dibawah OSA, jawapan semua orang sudah tahu.

Ini mengingatkan penulis bahawa ketika laporan mengenai 1MDB diklasifikasikan dibawah OSA, Mahathir dan orang-orangnya meraung ke sana sini mendakwa kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu dengan pengklasifikasian tersebut.  Padahal tujuan utamanya ialah untuk melindungi kepentingan perniagaan 1MDB yang boleh terjejas kalau ia didedahkan.

Sehinggakan dek kerana ini, 1MDB jadi satu-satunya kes dimana Perdana Menteri dituduh mencuri wang negara (melalui 1MDB) berasaskan anggapan semata.  Hanya kerana ada pihak luar siasat, maka dah dikatakan Perdana Menteri bersalah.  Hanya kerana dokumen 1MDB diklasifikasikan dibawah OSA, maka Perdana Menteri sudah dianggap terlibat.  Anggap-anggap macam itu sajalah, buktinya tak jumpa sampai sudah.

Padahal ahli-ahli parlimen telah meneliti dokumen yang diklasifikasikan sebagai OSA tu termasuk diteliti oleh PAC untuk tujuan siasatan – apa lagi nak? Tapi Mahathir peduli apa.  Semua ini tak berlaku pun dalam skandal Forex, tau tau dokumen dah diletak dibawah OSA saja.

Apa pun, pengOSAan dokumen dalam skandal Forex ini membuktikan siapa sebenarnya yang cuba menyembunyikan fakta daripada rakyat.  Ia adalah Mahathir yang sebenarnya banyak menyembunyikan fakta sebenar akan kepincangan pentadbirannya daripada rakyat, bukan Najib.  Sebab itu Mahathir tidak pernah disiasat, semua tuduhan, dakwaan dan skandal yang dikaitkan kepadanya hilang begitu saja tanpa sebarang follow up sebab Mahathir sorok semua dari pengetahuan rakyat.

Pendek kata, membaca pasal pengOSAan dokumen skandal Forex ini sahaja, menambah rasa meluat rakyat kepada Mahathir,  Negara kita mungkin dah capai status negara maju sekarang ini kalau Mahathir lebih peka bila wang negara lesa berpuluh billion.






Leave a Reply

Threesome