Menu Utama

Nik Nazmi Pemimpin “Whatsapp”

KRISIS kepimpinan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin meruncing. Kini ianya diburukkan lagi dengan masalah integriti yang dilihat semakin menjadi barah dalam parti tersebut. Mereka tidak boleh memberi alasan bahawa tindakan mereka itu selari dengan perkembangan teknologi dan arus media sosial.

Penggunaan teknologi dalam urusan rasmi masih belum diguna pakai sepenuhnya dalam negara kita. Oleh itu tindakan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad memecat ketua Pemuda PKR Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran melalui pesanan dalam aplikasi WhatsApp dilihat amat tidak wajar.

Tindakan beliau bukan sahaja tidak wajar malah ianya didakwa sebagai tidak mengikut peraturan parti. Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan turut mendakwa keputusan yang dibuat oleh Nik Nazmi adalah secara unilateral tanpa melalui perbincangan sewajarnya.

“(Keputusan itu) tanpa melalui mesyuarat Biro Politik Pemuda mahupun pimpinan Pemuda PKR Pusat yang tidak bersidang sejak Mac 2017 dan tanpa melalui proses konsultasi dengan pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Tetap Pemuda,” katanya dalam satu kenyataan.

Para penganalisis politik juga turut tidak menyangka Nik Nazmi mampu bertindak sejauh itu hanya berdasarkan memorandum yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin Pemuda PKR Kelantan yang tidak sah, susulan tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda peringkat cabang.

Memorandum yang mempertikaikan pendirian Pemuda PKR Kelantan meneruskan hubungan dengan kerajaan PAS Kelantan dilihat bertentangan dengan tindakan pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor yang terus mempertahankan kerjasama dengan PAS dalam pentadbiran kerajaan negerinya. Malah Nik Nazmi sendiri merupakan anggota exco Selangor.

Pemimpin kanan PKR dilihat “cakap tak serupa bikin”. Mereka bekerjasama dengan PAS Selangor dibolehkan namun perkara tersebut dianggap sebagai “salah besar” apabila PKR Kelantan cuba berbaik-baik dengan PAS Kelantan.

Kami ingin berpesan kepada kepimpinan PKR, rakyat melihat hipokrasi anda. Segala perkara yang anda lakukan tidak dianggap salah asalkan ianya menurut kehendak anda. Sesungguhnya dalam kehidupan kita peraturan alam tidak begitu. Perkara yang salah akan tetap salah, begitu juga perkara yang betul. Matlamat tidak menghalalkan cara.



(Next News) »



2 Komen to Nik Nazmi Pemimpin “Whatsapp”

  1. Pemerhati says:

    nik nazmi kata takpe pada ahli pkr yang kata dia bacul guna whatsapp pecat orang bernama mohd hafidz itu dari membuat mesyuarat disiplin parti untuk pecat mohd hafidz itu secara berdepan kerana takut orang bernama mohd hafidz itu akan datang ke mesyuarat membawa penyokong2nya bersama yang boleh menyebabkan insiden kerusi dibaling & berterbangan berlaku ekoran dari rasa tak puas hati & marah selepas orang bernama mohd hafidz itu dipecat…jika berlaku baling2 kerusi, nik nazmi bukan sahaja keberatan tapi rasa tersipu nak salahkan UMNO kata UMNO upah orang suruh baling kerusi

  2. Saya la ni says:

    Mcm kelab main masak2 je main pecat bodo gitu.lmfao

Leave a Reply