Menu Utama

Mukhriz Macam Bapak Dia Jugak, Cakap Jarang Pakai Otak

KALAU ada sesiapa rasa terharu dengan kenyataan Mukhriz yang ditularkan semalam, KONONNYA dia tidak membubarkan DUN Kedah semasa diminta meletak jawatan tahun lepas kerana sayangkan UMNO, tolonglah berhenti jadi manusia.

Ini Mukhriz yang bercakap ni, orang sama pernah mengatakan bapaknya Mahathir tidak akan masuk mahupun menyokong parti pembangkang – hari ini lihat sajalah dimana Mahathir dan Mukhriz berada sekarang?  Siapa biol saja percaya kenyataan macam ini.

Hakikat sebenarnya pembubaran DUN bukan semata-mata atas kuasa Menteri Besar tapi juga atas perkenan DYMM Sultan.  Tak betul kalau ada ketua kerajaan negeri yang mendakwa, atas dia saja boleh membubarkan DUN ni.

Maka itu motif kenapa Mukhriz mendakwa macam ini pada pendapat penulis dan ramai yang lain ialah, dia cuba menonjolkan ‘kebaikannya’ semata-mata walaupun bukan itu yang sebenarnya berlaku.

Syarat perlantikan Menteri Besar, disamping mendapat perkenan DYMM Sultan ialah berdasarkan sokongan majoriti dalam DUN dan pada ketika Mukhriz meletak jawatan, dia sudah hilang sokongan ini.  Itu saja yang sebenarnya.  Kena letak jawatanlah, nak bubar pun siapa nak sokong?

Janganlah ingat kita rakyat ni lekeh sangat tak tahu cerita.






Leave a Reply