Menu Utama

Merdekakah anak muda kita?

oleh Kang Nasir

Sia-sia belajar tinggi-tinggi tetapi tak mampu berfikir perkara yang memberi manfaat untuk diri dikemudian hari. Apa ertinya ayah ibu hantar belajar agar pandai tapi sekadar bangga tunjuk pandai bila mampu diternak dan dipeebodohkan oleh DAP? Adakah DAP yang akan jadi penolong kalian diakhirat nanti? Untuk apa ikut perintahnya konon mahu tangkap MO1 sedangkan semua dakwaan mereka itu andaian dan permainan nafsu keduniaan yang memudaratkan diri kalian dihari kemudian.

Mungkin kalian fikir bila ikut DAP dapat tangkap MO1 segala kesenangan kemahuan kalian tercapai? Selagi nafsu menuruti hawa nafsu walau satu dunia ini kalian yang punya sekalipun kalian tidak akan merasa puas. Jadi MERDEKA KAH JIWA & MINDA KALIAN? Kerana ramai yang anggap merdeka itu bebas dari kemiskinan bebas kemana saja boleh buat ikut suka kehendak hati kalian semua dengan kemewahan dunia. Merdeka sebegitu merdeka kebebasan menuruti hawa nafsu tetapi miskin dan kosong jiwa.

Merdeka yang dianjurkan dalam islam itu bermula dengan #MerdekaJiwa dan manfaatnya #MerdekaMinda. Kerana dengan hati dan jiwa yang bebas dari belenggu nafsulah segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah.

“Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna, maka Allah mengilhamkan (menunjukkan) jalan kejahatan (mengikut hawa nafsu) dan jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya.”
(As-Syams ayat 7-10)

Disebabkan #NAFSU punca kita ingkar.

“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Yusof : ayat 53)

Dalam islam. Orang yang bijak pandai terpelajar dan yang merdeka jiwa merdeka minda itu bebas dari dijajah oleh nafsu.
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA, Nabi SAW bersabda,
“Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Hadith Riwayat : at-Tirmizi).

Oleh itu. Jangan remehkan manfaatnya amalan-amalan islam kerana hanya dengan islam lah kita selamat sejahtera dunia hingga akhirat.






Satu Komen to Merdekakah anak muda kita?

  1. hanns says:

    Terbaik Kang Nasir.. Bahkan ibu bapa,guru2 serta para pendidik juga seharunya memainkan peranan utk mendidik dan berinteraksi dgn Gen-Y supaya mereka tahu dan sedar siapa diri mereka dan bagaimana pihak pembangkang dgn bantuan orang luar berjaya memainkan sentimen2 hingga menjejaskan pemikiran rakyat Malaysia.

Leave a Reply