Menu Utama

Menteri, Sukan SEA dan Rakyat Media Sosial.

oleh Ab Jalil Backer

1. Ketika ramai yang memuji Mentrri Belia dan Sukan Y.B Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas persembahan hebat pembukaan Sukan SEA; beliau kemudiannya dikecam kerana buku program perasmian memaparkan bendera Indonesia secara terbalik.

2. Sungguh pun Menteri sudah minta maaf ia masih menjadi isu besar. Lumrahlah Menteri kena kecam.

3.Jika Menteri dipuji kerana hasil kerja karografer persembahan, apa salah Menteri dikritik sedikit atas kelalaian buku program.

4. Sekurang-kurangnya ia memberi kesedaran menjadi Menteri bukan sekadar bercakap dan bermain media sosial. Pegawai media menteri perlulah periksa teliti buku acara terbesar KBS ini. Ia bukan kesilapan spontan berlaku ketika acara.

5. Namun anehnya, rakyat media sosial kedua-dua negara terlebih sudu dari kuah. saling mencaci dan membenci seolah-olah kita ini hidup bermusuh.

6. Sedangkan susur galur kedua-dua negara datang dari rumpun kepulauan Melayu yang hanya dipisahkan oleh Inggeris dan Belanda pada 1824.

7. Sukan SEA sepatutnya acara yang mengeratkan hubungan antara negara jiran dan pentas persembahan atlet serantau. Malangnya ia sudah hilang semangat perpaduan ASEAN sejak beberapa dekad lalu.

8. Tuan rumah sering menggunakan sukan ini sebagai temasya politik. Pelbagai acara subjektif dan seni mempertahankan diri dimasukkan untuk memastikan tuan rumah menjadi juara. Keputusan-keputusan kontroversi memihak tuan rumah sudah menjadi lumrah setiap sukan SEA.

9. Sukan Sea sudah dijadikan acara mendabik dada di kalangan negara ASEAN. Kemunculan media sosial menambah marak api permusuhan.

10. Justeru adakah Sukan SEA masih relevan sekiranya ia sudah menjadi acara mencari kesalahan tuan rumah dan pentas permusuhan antara jiran tertangga?






3 Komen to Menteri, Sukan SEA dan Rakyat Media Sosial.

  1. Pemerhati says:

    tiada guna terus saling membenci & mencaci, apa yang penting kekesalan & permohonan maaf telah dinyatakan & diberikan…jika masih tidak puas hati buat je lah bendera Amerika untuk Malaysia apabila Indonesia menjadi tuan rumah sukan SEA pula

    kalau dapat diberitahu bagus juga pihak mana yang membuat silap mencetak bendera indon itu sama ada dari pihak syarikat pencetak atau dari kementerian/penganjur sukan SEA ke 29

  2. Badrole Amin says:

    buku cenderahati yg silap cetak bendera indon telah diganti yg baru, netizen ke dua belah pihak patut tutup tak perlu diperbesar atau dipanjangkan lagi cerita

  3. System baru says:

    ia bukan terbalik ia bendera poland Ok
    Cuma ia disalah cetak je bendera indonesia diterbalikan jadi bendera poland

Leave a Reply