Menu Utama

Memali Tak Perlu RCI, Dakwa Jenayah Terus

ISU Memali selama ini hanya dipolitikan terutama oleh pemimpin PAS yang kini dalam PAN.  Ia terbukti sekarang bila ada pemimpin PAN buat kenyataan yang membawa maksud bahawa kejadian yang keseluruhannya menyebabkan 18 nyawa terkorban, entah berapa ramai cedera dan ditahan dibawah ISA itu, sebagai sudah lama dan tidak perlu diperbesarkan.

Malah ada bekas pemimpin PAS lain yang masuk PAN sekarang turut menambah, isu Memali ini hanya timbul ketika nak pilihanraya saja – dia tuju pada PAS lah tu sebab UMNO tak pernah politikkan isu Memali ni.

Buumm!!!

Automatik jadi bodoh semua orang yang dulu bertakbir-takbir bila dia membangkitkan soal Memali semasa masih dalam PAS.  Waktu itu pun (kali terakhir dia memperjuangkan Memali ketika dalam PAS), tragedi Memali ini sudah lebih 25 tahun usianya tapi sebab ada untung pada dia, 25 tahun ini bukanlah lama mana.  Sekarang, bila dah takde untung pada dia sebab dah masuk PAN, semuanya pun dah jadi lama.

Inilah nasib penyokong pembangkang di Malaysia ini, mereka semuanya dibodohkan.  Generasi saja berubah tapi bodohnya tetap sama.  Bukan dalam hal Memali ini saja, dalam banyak hal yang lain pun sama.  Contoh paling jelas, setelah berdekad-dekad kutuk Mahathir macam-macam, tak sampai satu hari Mahathir jadi mulia – hanya sebab  Mahathir dah lawan UMNO dan bersama mereka.

Tak keterlaluan kalau penulis katakan, demi untung politik, kalau mak ayah sendiri boleh digadaikan untuk capai tujuan masing-masing, itupun akan dilakukan.  Janji dia dapat jadi wakil rakyat dan sebagainya, siapa nak bodoh, itu lantaklah, siapa suruh tak sekolah?

Apa pun balik pada isu Memali tadi, rasa penulis kalau nak dibangkitkan semula tak payahlah buang masa buat RCI.  14 nyawa orang kampung dan 4 anggota polis terkorban tu, nak RCI apa lagi?  Penulis cadangkan, kalau ada bukti salah laku, dakwa bawah kanun keseksaan terus, biar masuk penjara ke apa yang patut.



(Next News) »



Satu Komen to Memali Tak Perlu RCI, Dakwa Jenayah Terus

  1. Pemerhati says:

    tak patut betul kerbau kaki pendek & tak nampak lehernya si mat sabu kata iblis bernama mahathir tak perlu minta maaf tentang insiden Memali sedangkan mat sabu pun harus sama minta maaf kerana mentekedarah juga(mengikut kepercayaan ramai ahli PAS semasa mat sabu berada dalam & selepas keluar PAS) duit tabung Memali yang seharusnya untuk kebajikan para waris insiden Memali yang terkorban dalam insiden tersebut

    teruk betul kebongkakan iblis bernama mahathir tidak mahu mohon maaf…Tun Musa Hitam boleh mohon maaf tapi begitu berat & payah nampaknya iblis bernama mahathir nak mohon maaf…selain PAS bergelar pembangkang, mahathir & mat sabu bersama ppbm & pan juga bergelar atau berada dalam pembangkang walaupun bukan dalam satu kapal bersama dengan PAS jadi apa salahnya mohon maaf? kalau mahathir & mat sabu dapat bersatu-hati mohon maaf RCI tentang Memali tidak diperlukan oleh PAS…mungkin PAS akan sanggup berada dalam satu kapal masuk pakatan harapan?

Leave a Reply

Threesome