Menu Utama

KUNJUNGAN SILATURAHIM LASKAR MERAH PUTIH

Ketika berada di Jakarta semalam, saya sempat membuat kunjungan hormat dan menjalin silaturahim dengan sahabat Laskar Merah Putih, sebuah NGO yang cukup berpengaruh di republik itu.

2. Ternyata kunjungan menerusi pendekatan P TO P (people to people) itu diterima baik, malah mereka turut mengalu-alukan kehadiran saya walaupun bukan sebagai wakil kerajaan.

3. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ketua Umum H. Adek Erfil Manurung SH, Ketua DP H. Wahyu Wibisana SE, Sekreteris Dewan Penasihat Binsar Efendy Hutarabat dan Wasekjen Burhan Saidi HSB.

4. Hasrat utama pertemuan itu ialah untuk menjalin silaturahim tetapi pada masa tang sama mendapatkan maklumat berkaitan demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini kerana tidak puas hati isu bendera Indonesia dicetak terbalik pada Sukan Sea 2017.

5. Saya menghormati pendirian mereka berkaitan demonstrasi tersebut namun percaya hubungan baik antara Malaysia-Indonesia mesti dikekalkan kerana kedua-dua negara mempunyai akar dan budaya yang sama. Malah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin sudah meminta maaf secara terbuka.

6. Dalam pertemuan selama dua jam itu juga juga saya memohon pandangan Laskar Merah Putih berkaitan isu nelayan Sekinchan yang ditangkap pihak berkuasa negara itu.

7. Tiada keputusan atau persefahaman rasmi yang dimeterai pada pertemuan tersebut kerana itu adalah lawatan silaturahim selaku Ahli Parlimen. Namun saya tekankan bahawa sebarang isu melibatkan dua negara perlu dibincang melalui saluran diplomatik.

8. Saya harap tidak ada pihak yang cuba mempolitikkan pertemuan dengan Laskar Merah Putih itu, sebaliknya memberikan sokongan ke arah hubungan yang lebih harmoni antara kedua buah negara.

*BUDIMAN MOHD ZOHDI*
Ahli Parlimen Sungai Besar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Panjang.






Leave a Reply