Menu Utama

KRISIS AIR SELANGOR : SAMPAI BILA RAKYAT TERUS MENJADI MANGSA

1. Merujuk kepada hansard sidang DUN Selangor bertarikh 24 Julai 2017 (Jawapan lisan dari ADUN Permatang), sesi MQT di Dewan Rakyat pada 8 Ogos 2017 dan jawapan balas kerajaan negeri pada tarikh yang sama dengan jelas menunjukkan hujahan Azmin Ali adalah tidak benar dan telah mengelirukan rakyat Selangor.

2. Kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak seharusnya membiarkan isu air ini berlarutan sekian lama tanpa sebarang penyelesaian yang efektif.

3. Proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (Splash) antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang sudah tertangguh sebanyak dua kali telah menyebabkan rakyat semakin tertekan dengan krisis air.

4. Menteri Besar Selangor bertanggungjawab untuk menyelesaikan keperluan asas rakyat negeri Selangor.Tindakan Azmin menggunakan kuasanya melewat-lewatkan penyelesaian isu ini bukan sesuatu yang diharapkan oleh rakyat.

5. Rakyat tidak lagi mampu bertahan dengan masalah air yang semakin kritikal di Selangor. Setiap bulan ada sahaja kedengaran kawasan yang dikenakan catuan air dan berlarutan sehingga kini.

6. Bekas Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyediakan garis panduan dan kerangka masa untuk menyelesaikan krisis ini tetapi semuanya dilanggar oleh Azmin.

7. Akibat daripada penangguhan ini kerajaan negeri telah menaikkan tawaran kepada Splash dari RM250 juta kepada RM2.9 bilion. Tindakan Azmin meminta kerajaan Persekutuan menanggung keseluruhan kos tersebut adalah tidak masuk akal kerana kerajaan Persekutuan hanya bertindak sebagai pemudah cara.

8. Hujah Azmin kerajaan Negeri Selangor masih menunggu maklum balas daripada Kabinet tentang nilai yang ditentukan penilai bebas lantikan Kerajaan Persekutuan sendiri, Deloitte telah menunjukkan kelemahan beliau itu sendiri.

9. Tindakan-tindakan Azmin ini telah menunjukkan beliau gagal membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan masih tercari-cari pandangan-pandangan dari pihak lain untuk menyelesaikan isu air.

10. Azmin tidak perlu terus mengaburi mata rakyat dengan pemberian air percuma sedangkan isu utama yang lebih besar adalah kegagalan kerajaan negeri Selangor itu menyelesaikan krisis air secara efektif.

YB Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar
9 Ogos 2017






Leave a Reply