Menu Utama

#KL2017: Malaysia boleh lepasi sasaran 111 pingat emas – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak percaya kontijen negara mampu muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang sedang berlangsung ketika ini.


Perdana Menteri berkata, kontijen negara juga mungkin mampu melepasi sasaran 111 pingat emas dalam temasya sukan berkenaan.


Menurut beliau, hal demikian kerana prestasi semasa atlet-atlet negara yang menunjukkan semangat juang tinggi untuk mencapai kejayaan.


“Insya-Allah kontijen Malaysia boleh dan akan menjadi juara Sukan SEA kali ini dengan sasaran 111 pingat emas mungkin lebih daripada itu,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply