Menu Utama

Kit Siang Mahu RCI Memali, Mahathir Ada Kecilkan Hati DAP Ke?

RAKYAT Malaysia amat maklum bahawa atragedi Memali pada tahun 1985 tidak boleh dipisahkan dari Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad. Oleh itu, kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang yang masih mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk bagi membongkar tragedi Memali pada tahun 1985 menjadi tanda tanya.

Adakah Mahathir ada mengeluarkan kenyataan atau bertindak sehingga menguris hati kecil bapa Lim Guan Eng itu? Kita sedar bahawa sejak kebelakangan ini Mahathir dilihat begitu akrab dengan DAP walaupun sejak berpuluh tahun dahulu kedua-dua ahli politik veteran ini merupakan musuh tradisi.

Malah kita juga tahu bahawa keakraban mereka tidak pernah ikhlas pun. Masing-masing mempunyai agenda peribadi. Masing-masing “terpaksa” berbaik-baik demi kepentingan yang perlu mereka jaga. Dan kita faham bahawa kepentingan tersebut tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara. Ianya demi tembolok masing-masing.

Pada tahun 1985, polis cuba menahan seorang pemimpin PAS, Ibrahim Libya di Kampung Memali di Baling Kedah atas dakwaan menyebarkan ajaran sesat. Kejadian itu menyebabkan pentempuran antara pihak berkuasa itu dan penduduk kampung. Seramai 18 orang yang terdiri daripada 13 penduduk kampung dan empat pegawai polis terkorban dalam kejadian itu. Hanya sedikit maklumat yang diketahui mengenai konflik dalam peristiwa berdarah berkenaan.

Beberapa hari lalu, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang menegaskan tanpa menyebut nama sesiapa namun dipercayai merujuk kepada Mahathir mahu beliau menilai punca kekecohan yang timbul apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali.

Kekecohan dalam Dewan Raja Musa di Seksyen 7 Shah Alam itu bermula apabila kerusi dibaling kerusi dari belakang kearah bekas Exco Armada PPBM bernama Taufik yang bertanyakan soalan mengenai peristiwa Memali di Baling pada tahun 1985.

Ketika itu Dr Mahathir sedang menjawab soalan berkenaan dari atas pentas utama dengan hanya mempertahankan tindakan polis dalam peristiwa yang mengorbankan orang kampong penyokong PAS dan empat anggota polis.

 

Dalam kekecohan isu baling kerusi, baling selipar dan suar yang masih panas, kini Lim Kit Siang menegaskan masih mahu RCI Memali dibuat. Nampaknya dendam Lim Kit Siang terhadap Mahathir tidak pernah terpadam walaupun kedua-dua mereka cuba berlakon “cool”.

 






Leave a Reply