Menu Utama

Kerusi Terbang Bukti “Everything To Hide”

CAKAP tak serupa “bikin” merupakan ungkapan yang paling tepat mengambarkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Program Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa (DRMM) baru-baru ini berakhir dengan kekecohan apabila mereka enggan menerima soalan yang dikemukakan.

Ketika seorang lelaki bertanyakan soalan berkenaan Memali kepada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa orang yang marah telah membaling kerusi, selipar dan suar ke arah  individu yang bertanyakan soalan tersebut.

Jika mereka enggan  membenarkan soalan dikemukakan kepada Mahathir maka forum tersebut sepatutnya ditukar nama kepada “Everything To Hide” sahaja. Ironinya individu yang bertanya soalan tersebut merupakan  anggota PPBM sendiri.

Mohd Taufik Abas mendakwa objek tersebut dibaling ke arahnya, bukan ke arah Mahathir. Oleh itu, penganjur yang patut dikenakan tindakan kerana gagal memastikan keselamatan peserta. Beliau hanya bertanya soalan berkaitan peristiwa berdarah Memali pada tahun 1985 ketika Mahathir menjadi perdana menteri. Kenapa mereka perlu membaling kerusi ke arah beliau?

Video-video insiden baling kerusi itu viral di media sosial. Malah kita juga dapat mengamati dengan lebih jelas bagaimana dan dari mana arah kerusi tersebut dibaling. Apa yang pasti, kerusi itu jauh daripada Mahathir maka ini bermakna mereka bukan hendak mencederakan pengerusi PPBM tersebut.

Malah beberapa individu yang berkemungkinan besar adalah penganjur yang memakai baju ARMADA (Pemuda PPBM) turut dilhat membaling kerusi dari tingkat atas dewan berkenaan.

Namun seperti biasa PPBM memberikan versi yang berlainan dengan menegaskan bahawa kononnya kerusi, selipar serta suar yang dinyalakan dibaling dengan menyasarkan Mahathir yang sedang berucap di pentas.

Seorang lagi anggota PPBM turut mendakwa turut menjadi sasaran kerusi bagi menghalang beliau bertanya soalan mencabar dalam forum itu. PPBM dilhat seolah-olah gagal melihat bahawa penipuan mereka akan terbongkar dengan sendirinya apabila video banyak disebarkan dalam media sosial.

Di bawah ini kami lampirkan laporan berita yang tidak benar dari portal pro pembangkang. Portal tersebut penuh dengan cerita fitnah rekaan Pakatan Harapan.






2 Komen to Kerusi Terbang Bukti “Everything To Hide”

  1. Pemerhati says:

    buat malu betul sampai orang kampung semua dah tahu parti cap munger upah ahlinya(armada) sendiri supaya membuat kacau(baling kerusi & bakar suar) bila tiba ahli parti mereka sendiri bertanyakan soalan yang telah dijangka & diketahui tidak akan dijawab dengan baik oleh iblis bernama mahathir merangkap pengerusi parti cap munger

    sempena namanya ‘pengerusi’, syed sadiq telah mencadangkan kepada ahli armada parti cap munger yang lain sekiranya ada ahli parti sendiri bertanyakan soalan yang telah dijangka & diketahui sukar dijawab oleh iblis bernama mahathir merangkap pengerusi parti cap munger maka buatlah kacau dengan membaling kerusi & membakar suar…memang suar betul syed sadiq cuba menuding jari pada UMNO tentang kekacauan yang berlaku walaupun dilihat bangang tuduhan yang dia buat itu

  2. esamanja says:

    Patut pun kalau dinaling pada Tum M tu sebab dia cuba memutarbelit jawapan.

Leave a Reply