Menu Utama

Kenapa Takut Sangat ‘Dosa Silam’ Keluar?

Kegelisahan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan nampaknya seolah-olah hanya mampu dizahirkan melalui ‘macai-macai’nya sahaja apabila beberapa isu mendedahkan siri ‘dosa-dosa silam’ seorang warga emas kembali hangat diperkatakan akhir-akhir ini.

Bagai ‘cacing kepanasan’, puak-puak berkenaan terpaksa ‘berkuntau’ bertebaran di media sosial seluruh negara untuk membendung persoalan-persoalan besar yang mencetus tanda tanya di kalangan rakyat berdekad-dekad yang lalu.

Antara taktik utama yang mereka gunakan ialah dengan cuba menimbulkan keraguan tentang persoalan tersebut dengan mempertikai ‘mengapa semua isu berkenaan timbul semula’ menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Lantas dimomokkan isu-isu berkenaan kononnya ditimbulkan semula Barisan Nasional (BN) untuk dijadikan ‘modal’ PRU, selain mempersoal tentang kenapa ia hanya didedahkan selepas 3 dekad lamanya.

Pada pandangan penulis, taktik mereka yang mempertikai tentang ‘kenapa sekarang’ isu-isu berkenaan terdedah berkemungkinan besar baru keluar dari tempurung, seolah-olah tidak pernah hidup di zaman ‘warga emas’ itu memerintah.

Jika budak-budak hingusan yang lahir selepas 1990’an yang berusia 10 tahun pada tahun 2000, mungkin mereka masih ‘kanyaq’ untuk menilai tentang apa yang berlaku di zaman itu. Penulis yakin, golongan inilah paling ramai terpesong penilaian dan menyertai parti ‘cap bunga’.

Apakah mereka gila untuk mendedahkan segala persoalan itu ketika ia mencetus kontroversi di zaman ‘warga emas’ berkenaan? Tahukah mereka bahawa sebarang ‘bunyi’ yang mempersoal kontroversi-kontroversi berkenaan bakal berdepan dengan ‘kuku besi’?

Di zaman itu, rakyat terpaksa sembunyikan kegelisahan mahupun ketidakpuasan hati. Mereka dicengkam ketakutan untuk mempersoal sebarang isu berhubung kerajaan ‘diktator’, bimbang implikasi dari tindakan menongkah arus.

Mereka punya keluarga dan anak isteri untuk disara. Sudahlah hidup susah di zaman itu, bergaji kecil, tidak boleh bersuara lantang pula. Jika disumbat ke dalam jeriji besi di Kamunting, sudah tentu mereka bimbang dengan nasib keluarga.

Memang ada yang sanggup bersuara ketika itu mengenai isu-isu ini. Itupun cuma ahli politik pembangkang seperti Lim Kit Siang (isu skandal BNM, etc), Mat Sabu (isu Memali) dan beberapa orang lagi. Namun tidak lama selepas itu, mereka dicekup di bawah ISA.

Mungkin golongan ini sanggup dicekup ketika itu kerana ia mampu memberi gambaran sebagai ‘membela rakyat’ dan mendedah ‘skandal pemimpin BN’. Mereka dapat ‘political mileage’ darinya. Tapi jika rakyat yang dicekup, maka gelaplah masa depan keluarga mereka. Jadi, tidak hairanlah jika mereka lebih memilih untuk berdiam diri…

Keadaan itu berbeza hari ini. ‘Warga emas’ itu tidak lagi berkuasa. Kerajaan pula lebih terbuka, tidak lagi ‘kuku besi’, ‘diktator’, ‘maha-zalim’ atau ‘maha firaun’ seperti dulu. Transformasinya begitu ketara dan lebih baik dasarnya berbanding dulu.

Maka tidak hairanlah mengapa sejak akhir-akhir ini saja isu-isu berkenaan berani dipersoal dan didesak supaya rakyat didedahkan dengan kebenaran di sebalik apa yang ‘ditutup’ dahulu’. Bukankah dulu zaman ‘everything must be hide’?

Jadi, tidak perlulah guna taktik ‘jahil murakkab’ yang jelek. Kebenaran tetap kebenaran. Mungkin benarlah dakwaan yang mengatakan Allah SWT telah kabulkan doa bekas Presiden PAS, Almarhum Dato’ Fadzil Noor yang memohon supaya ‘warga emas’ itu sempat ‘menikmati dosa-dosa silam’nya sebelum ‘pergi’.

Cuma penulis harap, dengan tertegaknya kebenaran kelak, ‘warga emas’ itu tidak akan segan silu untuk insaf, bertaubat, mengakui segala kesalahannya dan memohon maaf secara terbuka dan khusus mengenai ‘dosa-dosa’ tersebut kepada seluruh rakyat di negara ini.

Bukanlah berniat untuk mencemar kredibiliti atau maruah seorang ‘warga emas’, namun lebih kepada hasrat memberi kesedaran supaya dia bertaubat sebelum terlambat. Bak kata orang, ‘di usia senja begitu, kenal-kenalkanlah diri dengan tikar sejadah..’, kan?






Leave a Reply