Menu Utama

Jangan Pandang Rendah Kemampuan Malaysia – PM Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia merasakan bahawa Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara yang lebih baik dan ada harapan pada masa depan daripada memandang rendah kemampuan negara mereka sendiri.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia harus menilai apa yang telah dicapai Malaysia setakat ini daripada terpengaruh dengan beberapa ahli politik yang menyebarkan pembohongan tentang negara mereka sendiri.

“Tanpa menggunakan akal, mereka dipergunakan oleh ahli-ahli politik demi kepentingan mereka sendiri. Mereka memandang rendah negara, malah menyebar berita bohong dan tidak benar tentang negara.

“Apabila orang datang ke Malaysia dan merasai pengalaman Malaysia, mereka berkata Hei! Malaysia bukan negara yang gagal, anda sepatutnya bangga dengan Malaysia,” katanya pada satu majlis dialog mengenai Pemikiran Reka Cipta dan Transformasi Nasional 2050 (TN50), pada sambutan ulang tahun ke-5 Genovasi Malaysia di sini hari ini.

Najib berkata banyak perkara baik yang menanti rakyat Malaysia, termasuk TN50.

Najib berkata kerajaan mesti memberikan harapan mengenai masa depan kepada rakyat Malaysia.

“Saya tidak percaya kepada politik untuk menakut-nakutkan.. anda boleh menggerakkan manusia dengan melakukan dua perkara, sama ada dengan politik untuk menakut-nakutkan yang telah dilakukan, sudah tentu semasa zaman Nazi di Jerman.. rasa takut, kemudian..

“.. atau dalam keadaan anda membaca sebuah buku, anda perlu memberi mereka sebuah buku. Itulah semuanya (mengenai) apa itu sebenarnya TN50, mewujudkan masa depan yang kita mahu untuk Malaysia…itu yang saya percaya,” katanya.

Najib berkata ia juga penting untuk menyedari bahawa sumber adalah terhad untuk setiap negara.

“Namun anda boleh memanfaatkannya. Anda boleh mencipta peningkatan eksponen dalam kehidupan dengan menyuntik kreativii dan inovasi,” katanya sambil menambah bahawa beliau mahu Malaysia terus maju dan menjadi sebuah negara terkemuka dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

— BERNAMA






Leave a Reply

Threesome