Menu Utama

Nothing to Hide dan Kerusi Terbang

oleh Ab Jalil Backer

Kekecohan yang berlaku petang tadi bukan perkara terasing membabitkan Tun Mahathir.

Pada 2008 selaku salah seorang penganjur dalam program MYKMU.NET: Pilihan Raya Umum Ke-12 : Satu Penilaian” saya terpaksa naik ke pentas mengugut untuk membatalkan acara tersebut.

Majlis di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya tersebut membariskan ucaptama Tun Mahathir Mohamad dan ahli panel Dr Mohamad Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan Poad Zarkashi dihadiri lebih 2000 orang.

Puncanya ada sebahagian penyokong Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dapat menerima cadangan dari seorang Ketua Pemuda UMNO Cawangan dari Sekinchan, supaya Tun dan UMNO mempertimbangkan penyatuan dengan Anwar Ibrahim demi bangsa Melayu.

Beliau diserbu oleh beberapa orang yang mahu memukulnya. Mujurlah pasukan keselamatan penganjur cekap melindungi beliau dan membawa beliau keluar.

Segelintir mereka juga “memboo” pandangan Dr Khir Toyo yang tidak selari dengan pandangan Tun Mahathir.

Mereka sukar menerima sebarang pandangan yang bertentangan dengan ideologi Mahathir.

Ironinya, hari ini cadangan Ketua Pemuda UMNO Cawangan dari Sekinchan tersebut diikuti oleh Tun Mahathir.

Justeru kekecohan yang berlaku hari ini tiada kena mengena dengan UMNO, tetapi kerana sikap fanatik segelintir penyokong Tun Mahathir.






Leave a Reply