Menu Utama

Nothing To Hide 2.0: Hikmah Buat UMNO

Bukanlah rahsia, program yang diadakan di negeri yang ditadbir oleh PKR ini bertujuan untuk memalukan Perdana Menteri. Tidak perlulah kita ulas panjang, kerana apa yang sedang PakaTUN lakukan adalah untuk “menghidupkan” semula isu-isu lama yang sudah dijawab, atau dibuktikan sebagai fitnah. Kata orang Mandailing, “it is just a way to prolong issues or to recycle issues”.

Apakah hikmah buat UMNO dari insiden memalukan oleh pengagung Mahathir di program berkenaan? Sungguhpun mereka berusaha dengan tekun untuk menyalahkan UMNO berikutan kegagalan total mereka ke atas penganjuran program dan huru-hara yang berlaku, ada seperkara penting yang perlu diketahui oleh rakyat, sejak dari mula penubuhan PPBM hinggalah kejadian tersebut, dan mungkin untuk selamanya.

UMNO semakin bersih dari budaya dan elemen negatif, apabila yang buruk hodoh semuanya menyertai parti pimpinan Mahathir itu. Itulah hikmah paling ketara, kerana budaya sedemikian sudah tentu akan memalukan UMNO jika terjadi. Mujur, golongan buruk hodoh berbau hapak ini telah pun keluar UMNO dan sertai mantan-mantan pimpinan PERKASA serta antik politik zaman Paleolitik. Maka, itulah yang terjadi apabila golongan ini menguasai parti.

Ia sama sekali tidak mengejutkan, kerana kebimbangan tentang budaya dan eleman negatif kononnya berasal dari UMNO menyelusup masuk ke PPBM pernah disuarakan oleh seorang pemimpin tertinggi PPBM, ketika parti itu berusia kira-kira 3 bulan. Pemimpin PPBM itu benar, cuma mungkin beliau tidak cukup pintar untuk memahami bahawa elemen negatif yang masuk memerlukan ejen pembawa virus; bekas ahli UMNO yang sertai PPBM.

Dilanda pelbagai masalah sejak mula penubuhan, dari cerita skandal yang memalukan, kisah perebutan tahkta kepimpinan, hinggalah kisah pemuda mereka sendiri mahu jawapan terhadap kekayaan anak-anak Mahathir, dan yang terbaru di Nothing To Hide 2.0, itu adalah bukti betapa elemen negatif gagah laksana armada menguasai PPBM.

Itulah nikmat sebenar, apabila UMNO secara tidak sedar mengalami proses pemutihan dan pembersihan, sementara pembawa virus terus membuat onar di perumah barunya; PPBM. Semarak mekarlah elemen tersebut di dalam PPBM, apatah lagi jika ia dibajai dan dijaga oleh “The Elder Council”.

Shah Alam sebagai saksi, bagaimana senjata makan tuan, dan Mahathir kekal kesipuan.






Leave a Reply