Menu Utama

Exco Kerajaan DAP P.Pinang ditahan SPRM

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan berhubung operasi sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti di sini.

Boon Poh ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 2.45 petang tadi bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes itu dan dijangka direman di Mahkamah Sesyen di sini pagi esok.

Dalam pada itu, peguamnya, R.S.N Rayer berkata, pihaknya ketika ini masih tidak mendapat maklumat jelas berhubung penahanan Boon Poh serta tuduhan yang dikenakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu berkenaan. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply