Menu Utama

ECRL dapat sokongan padu, berkelas dunia – PM

Projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL bakal menjadi satu lagi projek pengangkutan awam berkelas dunia seperti MRT Sungai Buluh -Kajang yang dilancarkan bulan lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek laluan rel terpanjang di Malaysia itu mendapat sokongan penuh rakyat.

“MRT membuatkan rakyat percaya bahawa kita mampu mencapai dan menyediakan kemudahan bertaraf dunia. Begitu juga denga ECRL yang akan bertaraf dunia.

“Adalah sesuatu yang membanggakan projek ini mendapat sokongan 95 peratus daripada 17,000 responden daripada kaji selidik yang dijalankan selama tiga bulan,” kata Najib ketika Majlis Pecah Tanah ECRL di Bandar Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Turut hadir Kauselor Republik Rakyat China, Wang Yong serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Jelas Najib, kerajaan pimpinan Barisan Nasional akan memastikan projek ECRL akan dilaksanakan dengan jayanya.

“Adalah sesuatu yang dikesalkan terdapat pihak yang cuba menggagalkan ECRL walaupun projek ini memberi manfaat kepada rakyat.

“Namun kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai rekod menakjubkan akan melaksanakan ECRL seperti yang dijanjikan,” kata Najib.

ECRL yang menelan belanja 55 bilion ringgit sejauh 688 kilometer itu bakal siap dalam tempoh tujuh tahun.

Laluan tersebut menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat di Kelantan yang terbahagi kepada tujuh segmen dan enam aliran cawangan serta 27 perhentian.

Melalui ECRL, masa yang diambil dari Lembah Kelang ke Kelantan hanya selama empat jam.

Dijangkakan sejumlah 5.4 juta penumpang akan menggunakan perkhidmatan ECRL setahun menjelang 2030. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply

Threesome