Menu Utama

ECRL Adalah Tentang Memudahkan Pergerakan Rakyat, Bukan Soal Bahasa

PENULIS nak nasihat kepada pertubuhan Melayu yang menjadi alat kepada DAP agar tidak memesongkan perhatian rakyat dari tujuan sebenar kerajaan mengadakan projek ECRL ini dengan isu-isu yang tidak berkaitan.

Kami faham penaung kamu Mahathir adalah Top Dog kepada DAP, tapi amat tidak adil kepada rakyat bila tujuan kerajaan mengadakan projek mega seperti ECRL ini untuk memudahkan pergerakan rakyat dari beberapa bahagian dalam negara ini, yang dijadikan tumpuan ialah soal bahasa pulak.

Ini namanya bodoh.

ECRL akan memendekkan dan memudahkan perjalanan rakyat sektor pantai timur -KL kepada setengah.  Dari 4 jam sekarang kepada 2 jam akan datang dan sebagainya.  Ini intipatinya kepada pelancaran ECRL semalam – bukan soal bahasa atau jatidiri sesiapa.  Ini projek pembinaan kot jatidiri apa kepala lutut?

Dari mempersoalkan jatidiri pemimpin-pemimpin negara (nak tuju Datuk Seri Najib Tun Razaklah tu), adalah lebih baik pertubuhan yang berkenaan menyoal benda yang sama kepada Mahathir yang mengaku sebagai Top Dog kepada DAP.  Mana jatidiri Mahathir sebagai Melayu (sebelah ibu) apabila bekerjasama dengan DAP?

Apatah lagi, sejak bekerjasama dengan DAP, kita melihat sendiri banyak tempat dimana Mahathir memuja DAP, mempertahankan DAP tapi tak sekali pun nampaknya DAP mempertahankan Mahathir.

Waima nak diadakan RCI untuk skandal Forex pun DAP bersetuju – cuma dia minta diadakan RCI untuk 1MDB sekali.  Persetankanlah tentang permintaan untuk mengadakan RCI berkaitan 1MDB tu sebab syarikat tersebut masih belum lingkup berbanding duit RM 30 billion dalam skandal Forex dah melayang, yang penting disitu ialah – DAP BERSETUJU RCI SKANDAL FOREX DIADAKAN.

Kita ada nama untuk situasi macam ini – BARUA.

ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa

1 November 2016, hasil lawatan Datuk Seri Najib ke China sejumlah 14 perjanjian perdagangan bernilai RM144 billion telah dipersetujui. Salah satunya adalah projek Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.

Semasa China bersetuju untuk melabur dalam projek ECRL berkelas dunia bernilai RM55 billion ini pada November lepas, pembangkang membuat pelbagai tohmahan dan kutukan kononnya Malaysia sudah kena gadai dengan China.

Tuduhan yang sama sekali tidak benar, ini kerana dalam masa yang sama pelaburan Malaysia bernilai RM7.5 billion juga masuk ke China. Bila Guan Eng meminjam wang tanpa had dari Exim Bank of China tidak pula dikata Pulau Pinang kena gadai?

Projek ECRL ini adalah satu projek bertaraf dunia untuk rakyat biasa. Pembangkang tidak perlu mempolitikkan semua benda, kerana kebaikan ECRL ini manfaatnya adalah untuk semua rakyat biasa.

Sistem pengangkutan yang moden dan bertaraf dunia ini akan memudahkan pergerakan ramai orang, dari Selangor terus ke Kelantan dalam masa 4 jam sahaja.

Sama seperti projek MRT, kini dari Kajang ke Sungai Buloh, setiap hari ramai orang mahu merasai menaiki MRT. Ada yang berswafoto dalam MRT, ada yang mahu rasa makan Sate Kajang dan pemandu Grab pun dapat tambah rezeki mereka.

Inilah juga yang akan dirasai oleh rakyat di Pantai Timur bila ECRL ini siap nanti. ECRL mensasarkan 5.4 juta penumpang dan 53 juta tan kargo antara tahun 2024 hingga 2030.

Malah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob turut mengakui ECRL bakal memberi impak besar pada rakyat Kelantan nanti. Kisah janji Husam Musa untuk buat tren laju sejam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur hanya tinggal jadi bahan jenaka sahajalah, bila ECRL ini siap nanti.

Seramai 3,600 pelatih dari kalangan mahasiswa akan dilatih dalam Program Latihan Kemahiran Industri ECRL. Membuka peluang pekerjaan kepada 80,000 rakyat Malaysia.

ECRL juga dijangka meningkatkan KDNK negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sebanyak 1.5%. Menurut Anthony Dass, Group Chief Economist Ambank, pembinaan ECRL ini turut menyumbang 0.2% kepada pertumbuhan GDP negara.

4.4 juta rakyat di Pantai Timur akan dapat menikmati perkhidmatan tren berkelas dunia bila ECRL siap nanti pada 2024. Hari ini pun, mereka yang mahu balik ke utara sedang menikmati kemudahan tren ETS yang cukup selesa, menjimatkan masa dan tenaga.

Bagai goreng pisang panas, tiket ETS habis awal bila musim perayaan dan hujung minggu. Itulah nanti yang akan dinikmati oleh orang Kelantan, Terengganu dan Pahang nanti bila ECRL siap pada 2024 nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah menyatakan bahawa projek rel terpanjang di Malaysia itu telah mendapat sokongan penuh rakyat.

“MRT membuatkan rakyat percaya bahawa kita mampu mencapai dan menyediakan kemudahan bertaraf dunia. Begitu juga dengan ECRL yang akan bertaraf dunia.

“Adalah sesuatu yang membanggakan projek ini mendapat sokongan 95 peratus daripada 17,000 responden daripada kaji selidik yang dijalankan selama tiga bulan,” kata Datuk Seri Najib.

600 orang boleh berada dalam satu tren ECRL yang akan beroperasi selama 22 jam 30 minit sehari antara jam 5 pagi hingga 1 pagi.

Bermakna emak dan ayah boleh pergi rumah anaknya di Gombak jam 5 pagi dari Tumpat membawa bersama Nasi Dingin atau Nasi Berlauk.

Sampai 9 pagi sudah boleh bersarapan bersama anak anak di Gombak. Kemudian pulang semula ke Tumpat pada jam 5 petang dan sampai jam 9 malam.

Hubungan kekeluargaan menjadi erat dengan adanya ECRL. Mereka yang jauh didekatkan dengan keretapi berkelas dunia. Hentikanlah buat cerita yang tidak baik.

Dulu cakap Lynas ada “zombie” dan sebagainya, sekarang selepas 5 tahun ada orang mati kerana bahan radioaktif dan jadi “zombie”?  Pembangkang menipu sahaja.

Bersama samalah sokong projek ECRL bertaraf dunia ini, demi kebaikan semua rakyat secara bersama.

Tulisan :
Beruang Biru
BB535, Khamis
10 Ogos 2017






Satu Komen to ECRL Adalah Tentang Memudahkan Pergerakan Rakyat, Bukan Soal Bahasa

  1. Pemerhati says:

    pembangkang terutama iblis tua bernama mahathir bantah ECRL sebab ‘kroni’nya tak dapat konsesi dari kerajaan untuk menjadi operator selepas ECRL siap nanti pada tahun 2024

Leave a Reply