Menu Utama

Dua Kali Dah Orang Tu Buat Dakwaan, Bila Mahathir Nak Saman?

INDIVIDU bernama Abdul Hameed Gula Maiden ini sebenarnya sudah dua kali buat pendedahan buruk pasal Mahathir.  Kali pertama pada Disember 2015 dimana Hameed mendakwa harta Mahathir di luar negara ada bertrillion nilainya.  Masuk akal ke tidak soal lain, yang nyata, DAP  Perak ‘menyambut’ tuduhan ini dengan membuat laporan polis pada bulan yang sama.  DAP, bukan UMNO pun.

Kali kedua ialah kelmarin.

Ironinya, dakwaan membawa keluar not RM 500 dan RM 1,000 ini bukan taktik pertama kali juga.  Mahathir terlebih dahulu sudah melakukannya apabila secara tersirat dan tersurat pernah mendakwa Anwar membawa keluar lebih RM 3 billion dalam bentuk dominasi matawang yang sama ke luar negara sekitar hujung 90-an dulu.

Dikatakan, inilah puncanya kenapa Mahathir membatalkan penggunaan not RM 500 dan RM 1,000 pada tahun 1998 – yang kononnya sebahagian usaha untuk mengawal krisis ekonomi 1997 yang disebabkan kerugian perjudian Forex 4 tahun sebelum itu.  Mengetahui Mahathir, dia tidak akan melakukan sesuatu apa pun yang baik semata-mata untuk rakyat.

Mesti ada ‘sikit’ untuk dirinya.

Sebab itu, hanya orang bodoh saja percaya Mahathir batalkan penggunaan not RM 500 dan RM 1,000 ini dulu sebab nak selamatkan ekonomi negara.  “Selamatkan ekonomi negara” ni frasa yang bermotifkan rakyat sedangkan kita tahu tidak ada sesuatu apa pun yang Mahathir lakukan dulu tanpa ada sikit sebanyak untung duniawi untuk dirinya sendiri.

Justeru, cerita Mahathir batal guna not RM 500 dan RM 1,000 ni setelah mendapat tahu Anwar membawanya keluar dalam jumlah yang besar, adalah lebih munasabah.  Bayangkan apa jadi kepada karier politik Mahathir waktu itu kalau Anwar ada dana yang besar seperti ini bagi membiayai gerakan reformasi pada ketika itu – jika penggunaan not RM 500 dan RM 1,000 ini tidak dibatalkan?

Begitupun, berdasarkan komen-komen netizen di media sosial, nampaknya ramai yang percaya dakwaan Hameed kerana tempoh 13 tahun (1982 – 1995) yang dikatakan Mahathir membawa keluar 100 juta keping not RM 500 dan RM 1,000 ini,  adalah sangat munasabah.

Oleh yang demikian, Mahathir wajar mengambil tindakan saman ke atas Hameed kalau dakwaan ini tidak benar.  Ia adalah Mahathir yang memperkenalkan formula “saman tanda tak bersalah, tak saman tanda bersalah”.






Leave a Reply