Menu Utama

Din Main Twitter, Din Pening Lagi

Kadang-kadang, seronok melihat karenah “orang lama” bermedia sosial. Untung-untung, dapat kita ukur sejauh mana temberang mereka dalam usaha untuk mengelirukan rakyat.

Hairannya, bagaimana seorang bekas menteri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Lebih menghairankan, bagaimana agaknya beliau boleh diangkat menjadi seorang menteri, jika kita lihat tahap bijaksana yang dipamerkan secara konsisten sejak akhir-akhir ini.

Pertama, apakah kerugian Bank Negara RM34.547 juta itu benar-benar tidak dirasai rakyat? Terlupakah beliau bagaimana ekonomi negara sekitar 1998 dan 1999? Rakyat tidak rasa? Barangkali otaknya sudah ditambat sehingga gagal mengenang kembali, seperti mana matawang ringgit ditambat ketika itu.

Kedua, terima kasih kerana mengakui kerugian yang dialami oleh Bank Negara sekaligus membuka rasa ingin tahu, siapakah punca utamanya, selain George Soros. Apakah 1MDB satu kerugian? Jika beliau berkata ya, maka apalagi yang boleh kita katakan jika hati telah pun hitam. Kepada yang rasional, tentu tahu bahawa aset 1MDB melebihi jumlah hutang. Kerugian Bank Negara pula ditampung bagaimana?

Ketiga, pada ketika itu, beliau seorang wartawan, mengapa tidak dilaporkan tentang kerugian yang dialami oleh Bank Negara akibat ada pihak yang membuat urusniaga matawang negara agar rakyat tahu apa yang sedang berlaku?

Keempat, sudahlah tidak melaporkan perihal sebenar, malah zaman itu media arus perdana semuanya dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Siapa yang berani melawan ketika itu? Cuba ianya berlaku pada zaman sekarang, nescaya ia akan menjadi buah mulut rakyat Malaysia, lantaran ledakan media sosial di Malaysia.

Resmi padi, makin tua makin berisi. Resmi dia, makin tua makin gila. Sudah-sudahlah hendak temberang, kerana tidak semua kita lahir pada tahun 1999 dan ke atas.






Leave a Reply

Threesome