Menu Utama

Bagi Adibah Noor Semua Pemimpin Politik Amalkan Rasuah

ADIBAH Noor penyanyi yang dikatakan “suam-suam kuku” mempamerkan kebodohan apabila membuat kenyataan seolah-olah semua pemimpin politik mengamalkan rasuah dalam laman media sosial twitter beliau.

“Berani abang Zainal nyanyi pasal korupsi, opresi depan para pemimpin heheheh,” katanya.

Penyanyi yang berbadan besar tersebut dilihat gagal memahami isu rasuah ini secara objektif. Perkara tersebut berlaku juga dikalangan orang yang tidak menceburkan diri dalam politik. Ianya berkenaan sikap tamak haloba yang mengenepikan nilai-nilai moral dan agama.

Rasuah dikalangan ahli politik ini membabitkan hanya segelintir mereka sahaja. Dan yang terbaru dan masih panas rasuah salah guna kuasa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sedang menghadapi dakwaan di mahkamah namun beliau dilihat menggunakan bermacam-macam cara teknikal dalam cubaan untuk melepaskan diri.

Dan yang paling pasti Perdana Menteri kita tidak terlibat dan tidak didakwa oleh mana-mana mahkamah berhubung salah guna kuasa dan rasuah. Namun Adibah seolah-olah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan salah guna rasuah.

Sekiranya benar Adibah tujukan kenyataan beliau itu kepada PM maka beliau boleh dianggap sebagai penyanyi cuba menghasut dengan fitnah  memandangkan beliau menyokong pembangkang sedangkan sepertimana yang kita tahu pakatan harapan yang diketuai DAP penuh dengan fitnah dan tohmahan memburukkan kerajaan Malaysia.

Adibah Noor telah beberapa kali membuat kenyataan sinis yang memburukkan kerajaan sebelum ini. Kali ini beliau membuat kenyataan di Twitter semasa Datuk Zainal Abidin menyampaikan salah satu lagu ikonnya, Hijau, di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika majlis penutup sukan SEA 2017 dan sambutan diambang kemerdekaan.

Untuk makluman lirik lagu Hijau yang dirakam pada 1990 sebelum diterbitkan pada Mei 1991. Dihasilkan oleh Mukhlis Nor, Hijau bercerita mengenai alam sekitar dan kemusnahan yang dilakukan manusia. Namun Adibah Noor memilih untuk menilai lagu tersebut mengikut kecenderungan politik beliau ke arah pembangkang yang diketuai DAP.

Majlis penutup Sukan SEA 2017 dan diambang kemerdekaan tersebut disertai oleh Amy Search, Datuk Sheila Majid, Salamiah Hassan, Datuk David Arumugam, Man Bai dan lain-lain lagi.

Malaysia menjadi juara keseluruhan dengan 145 pingat emas. Perdana menteri turut mengumumkan cuti khas pada Isnin 4 Sept ini sebagai menghargai pencapaian atlet negara.



« (Previous News)



3 Komen to Bagi Adibah Noor Semua Pemimpin Politik Amalkan Rasuah

  1. dkds says:

    biasalah pemuja Pakatan hanya melihat orang lain kotor dan diri mereka suci dan bersih. Kita semua tahu tuduhan terhadap PM tidak pernah dibicarakan di mana-mana pun mahkamah di dalam dunia ini. Berbeza dengan Guan eng dan sekutunya yang sedang berhadapan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa bagi mendapatkan sesuatu habuan buat dirinya sebuah banglo murah di bawah harga pasaran. Tapi adakah para artis pemuja Pakatan melihat dan mengetahuinya?

  2. Zackpochong says:

    Kalau akulah Dsn aku tak rase apape pon ngan tweet tu. Nak rasa apanya? Pedas? Yg kena RCI, yg ada Everything 2 Hide, yg tak rase papepun mase ex ksu kementerian kewangan bagi briefing kerugian forex rm30 billion, yg cuba nak disqualify pengerusi, ahli inquest, yg hantar lawyer menyibuk, menyemak mencelah bedah konon mala fide lah yg patut merah padam mukanya. pasal lagu Hijau tu popular tahun 90-an. Zaman siapakah itu? Lagu hijau tu sgt sesuai utk kg sg lembu, tapi kene adjust sikit buat pakai lirik penang part yg kecek klate tu.

  3. Pemerhati says:

    lagu ‘hijau’ itu menyindir lim guan eng & DAP yang memerintah P. Pinang terpalit dengan korupsi & opresi berhubung kilang haram di Sungai Lembu…kerana korupsi kilang haram itu dibiar beroperasi selama 10 tahun…opresi yang dimaksudkan ialah tentang bagaimana adun pkr bernama Dr Norlela Ariffin yang cuba membela nasib penduduk yang mengalami masalah kesihatan & mendapat kanser berpunca dari pencemaran udara disebabkan kilang haram itu dibenci bagaikan musuh oleh musibat anak haram lim guan eng & DAP…bukan sahaja adun pkr itu mendapat opresi malah penduduk di Sungai Lembu juga mendapat opresi dari rejim corrupt, arrogance & tyrant(CAT) DAP P. Pinang

Leave a Reply

Threesome