Menu Utama

Amalan mulia islam yang dituntut kini bersemi kembali.

oleh Kang Nasir

Kita semua seharusnya berterima kasih kepada PM Najib Razak kerana memberi penekanan kearah kebaikan bersama melalui jalan yang Allah sediakan dalam Quran dan Sunnah. Walaupun selama ini banyak panah-panah fitnah menghujani konon PM JAHIL KUFUR KAFIR dll kononnya menolak islam tapi sudah jelas terbukti dan nyata semua usaha beliau itu adalah yang dituntut dalam islam jadi tidak hairanlah kenapa musuh-musuh islam sekarang berusaha menghasut rakyat memusuhinya.

Kita sesama mukmin adalah bersaudara.
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujurat ayat 10)

Salah satu amalan mulia dalam sifat mahmudah ialah MAHABBAH yang sekarang ini hampir semua tidak ada berperasaan sedemikian kerana tidak dijadikan sebagai amalan. Sepatutnya dengan jalinan ukhwah itulah hidup kita beroleh keberkatan dipermudahkan urusan dimurahkan rezeki.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
(Hadis Riwayat : Al-bukhari)

Pagi tadi baru admin menyedari. Kebanyakan orang yang memusuhi PM terdiri dari orang kafir segelintir golongan fasik dan munafik. Kerana orang yang beriman itu sepertimana yang Rasulullah saw sebutkan dalam hadis ini.
Daripada Anas b. Malik RA, daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Hadith Riwayat Muttafaqun ‘Alaih)

Oleh yang demikian. Jika benar kita memang beriman tidak ada sebarang alasan menolak jalinan ukhwah dan tidak ada alasan mengajak kearah persengketaan. Itulah jalan penyelesaian dalam islam. Punca terciptanya garis titik perbezaan menolak kebenaran islam jalan penyelesaian itu disebabkan NAFSU.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda, حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ “Surga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa/nafsu) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai nafsu/syahwat.”
(HR. Muslim)






Leave a Reply

Threesome