Menu Utama

Allah tunjukkan jawapan #Nothing2Hide tanpa HIJAB.

oleh Kang Nasir

Tidak perlu PM hadir menyahut cabaran pun Allah tunjukkan jawapan #Nothing2Hide tanpa HIJAB. Iaitu dengan mengembalikan permainan fitnah mereka kembali kepada mereka dengan keputusan yang menggerunkan penonton dalam dewan mahupun dikaca TV.

Hanya kegagalan menjawab persoalan yang dibangkitkan itu. Ini lah punca penyokong setia Tun hilang pertimbangan semata-mata mahu mengelakan dari pemimpin mereka KESIPUAN dan mereka tidak mahu khilaf mereka yang lampau dipermain-mainkan maka mereka bertindak liar agar program itu dihentikan.

Sebelum selipar dan kerusi terbang. Tun gagal menjawab soalan Faris Hadi berhubung isu Anuwar Ibrahim. Dan tercetusnya kejadian yang tidak diduga itu berpunca dari kegagalan Tun menjawab soalan penonton berkaitan sejarah Memali. Yang mana isu ini perlu jawapan dari Tun sendiri bagi membuktikan ketelusannya yang bersesuaian dalam forum “Nothing2Hide”. Dan inilah punca Armada Harapan bertindak diluar jangkaan untuk mengelakan Pemimpin yang mereka junjung itu KEMALUAN dgn aib sendiri.

Untuk mengalihkan tanggapan umum seperti biasa cara yang dilakukan oleh pembangkang sebelum ini dengan cara berusaha mencari punca individu yang mencipta kontroversi seperti yang sering terjadi ketika BERSIH, Pengundi Hantu dan lain-lain. Dimana mereka sanggup mengupah jadi pelakon sebagai modal untuk membuktikan mereka dipehak yang benar dan konon mereka adalah mangsa yang dizalimi dan teraniaya mengharap simpati kepada rakyat dan pembaca. Akhirnya remaja 17, 18 dan 19 tahun jadi mangsa sepak terajang.

Jawapan bagi permainan fitnah dalam politik itu Allah tunjukan tanpa hijab dalam sessi soal jawab itu yang mana kesemua permainan fitnah angkara kerakusan nafsu mereka sudah terjawab walau pelbagai andaian tohmahan sehingga sesame saudara berlumba-lumba memfitnah mencaci mencela disebabkan permainan fitnah tersebut.

Kesimpulannya;
Begitulah cara tipu daya fitnah-fitnah yang sudah dijadikan senjata yang lumayan sejak sekian lamanya. Anggap saja acara itu dianjurkan oleh UMNO saudara-saudari fikir apa akan mereka katakana? Begitulah juga dengan apa yang saya kongsikan, Fakta diatas itu bukanlah fakta yang sebenar, Tetapi inilah cara permainan penulis sepertimana RBA, Suara Rakyat dan lain-lain portal pembangkang yang mampu mempengaruhi jiwa dan minda kita semua hingga dengan mudah diperdaya yang benar dan yang baik untuk kita semua dipesongkan dengan menjadikan perkara yang membawa keburukan manakala perkara yang memudaratkan anda semua diperbesarkan dijunjung mulia walhal itulah perkara yang membawa musibah kepada diri dan semua kerana kesemua perkara yang anda Nampak benar dan baik adalah dari NAFSU yang memuaskan hati anda walhal perkara itulah yang Allah laknat.

Oleh yang demikian. Jangan share status ini jika anda anggap status ini adalah fakta kerana fakta dari andaian sebeginilah puncanya anda terjebak dengan dosa JARIAH. Sebaliknya sila share jika anda anggap ini adalah satu pengajaran untuk kebaikan kita bersama.

Kerana itu Rasulullah saw mengingatkan kepada kita agar tinggalkan perbalahan kerana perkara itu tidak memberi menfaat.
Rasullullah s.a.w bersabda,
“Tinggalkanlah berbantah-bantahan, kerana sedikit kebaikkannya. Tinggalkanlah berbantah-bantahan itu, sebab amat sedikit manfaatnya. Berbantah-bantahan itu hanya menimbulkan perseteruan antara sesama saudara”
(Hadis Riwayat : Thabrani)

Lagipun orang yang bijak itu berusaha kearah perkara yang memberi manfaat pada diri dikemudian hari.
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya,
“Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Hadith Riwayat : at-Tirmizi)






Leave a Reply