Menu Utama

1MDB Sudah Ada PAC, Rakyat Tunggu RCI Memali

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)  telah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pembangkang kononnya 1Malaysia Development Berhad(1MDB) kehilangan wang berjumlah 42 bilion.  PAC yang dianggotai 9 ahli Parlimen kerajaan dan 5 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan rumusan dan cadangan kepada kerajaan berhubung tadbir urus 1MDB pada 7 April 2016.

Laporan tersebut menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu berkaitan 1MDB. Laporan PAC setebal 106 muka surat itu sebaliknya mengesyorkan pihak berkuasa menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan.

Siasatan PAC yang bermula pada 19 Mei 2015 dan berakhir pada 11 Februari 2016 itu mengambil keterangan daripada Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Lembaga Pengarah 1MDB, pengurusan tertinggi syarikat itu serta juruaudit mereka. Jabatan Audit Negara turut membentangkan Laporan Pengauditan 1MDB kepada PAC pada 4 dan 7 Mac lalu.

Oleh itu, tidak timbul isu RCI 1MDB. Namun bagi presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti biasa beliau tetap berpura-pura “bodoh” dan “tidak faham” kenyataan yang telah dibuat oleh PAC tersebut.

Menurut Muhyiddin kononnya rakyat sedang menunggu RCI berkaitan 1MDB sedangkan hampir 90% rakyat kini faham bahawa 1MDB bukan lagi isu. Ianya hanya sekadar propaganda jahat pembangkang semata-mata.

Berlainan pula dengan isu  tragedi Memali. Ramai pihak yang menjadi mangsa dalam tragedi tersebut telah tampil seorang demi seorang menuntut agar RCI Memali ditubuhkan bagi memastikan nasib mereka terbela dan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Walaupun tragedi Memali berlaku pada November 1985 sudah melebihi 30 tahun namun anak cucu mangsa tetap mahu perkara tersebut disiasat dengan teliti memandangkan mereka merasakan rakyat telah ditipu dan dianiaya oleh Mahathir sejak 30 tahun lalu.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan penubuhan RCI untuk mengkaji tragedi Memali pada 1985, jika ada permintaan daripada individu, pertubuhan atau parti politik.

Tun Musa Hitam menerusi bukunya bertajuk “Frankly Speaking” mendakwa beliau diarah menghapuskan Kampung Memali kerana terdapat unsur keganasan dan militan oleh pemimpin PAS. Penubuhan RCI Memali akan membongkar siapa individu yang memberikan arahan tersebut.

Tragedi Memali pada 19 November 1985 menyaksikan 18 orang, termasuk 4 anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis cuba menahan guru agama, Ibrahim Mahmud yang lebih dikenali Ibrahim Libya.

Isu Memali dibangkitkan dalam forum “Nothing to Hide 2.0” pada 13 Ogos lalu. Mahathir gagal memberikan jawapan memuaskan. Ironinya kerusi, suar dan kasut dilontar ke arah individu yang menanyakan soalan tersebut bukannya ke arah Mahathir. Perkara tersebut menimbulkan persoalan sehingga menyebabkan ramai pihak mendesak agar RCI Memali pula ditubuhkan.






Leave a Reply

Threesome