Menu Utama

1MDB komited laksana tanggungjawab – Khalid

1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih tetap menguruskan hutang dan komitmen kewangan apabila membuat pembayaran lebih AS$10 bilion bersama bayaran faedah di belakang modal ekuiti RM10 juta.

Bekas Menteri Besar Sela­ngor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walau bagaimanapun, kemelut isu membabitkan syarikat pelaburan negara itu telah menjadi mangsa drama politik di samping penyebaran fakta-fakta dan maklumat salah terutama melalui media-media sosial.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab sedemikian sekali gus memberi gambaran bahawa 1MDB berada dalam ke­pincangan dan digunakan untuk membiayai aktiviti politik.

“Dalam perbincangan antara Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda kelmarin bersama para pemimpin Pas, beliau telah memberikan taklimat kepada kami mengenai kedudukan semasa 1MDB yang kini dalam pelan penstrukturan semula.

“Kesimpulannya, nilai semasa bersih aset yang dimiliki oleh 1MDB masih mampu memberi perkhidmatan kepada liabiliti semasa dan masa hadapan,” katanya seperti dipetik menerusi portal berita, malaysia-today.net, hari ini.

Abdul Khalid berkata, bagi mengelak komplikasi dalam pe­ngurusan aset-aset mereka pada masa depan, ia perlu dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) sebagai pemilik sebagaimana dalam rancangan pelan penstrukturan semula itu.

Jelasnya, 1MDB boleh membuat pembayaran hutang yang sewajarnya apabila pendapatan dan keuntungan daripada transaksi aset oleh MOF Inc. mengalir ke 1MDB.

“Pengurusan penstruk­turan semula 1MDB mesti memastikan nilai semasa bersih semasa aset terus dikekalkan supaya tidak ada gangguan dalam membayar hutang dan komitmen. Memandangkan senario ini, penyusunan semula itu adalah dalam kemajuan baik.

“Seperti yang dijelaskan oleh Arul, menjelang akhir tahun ini, selepas penguatkuasaan transaksi aset dan penyelenggaraan komitmen hutang, 1MDB bersedia untuk diubah menjadi entiti baharu atau dibubarkan. Ini akan menamatkan era entiti pelaburan yang keliru,” katanya.

Utusan






2 Komen to 1MDB komited laksana tanggungjawab – Khalid

  1. geekpuk2 says:

    Amat memalukan bila dateline yang dibuat sendiri selepas arbitration dengan IPIC tidak dipatuhi utk USD 600 juta first round

    Lepas gagal patuhi dateline yang ditetapkan sendiri, kena pulak interest haramjadah. Ini belum dateline 31 Disember utk USD 600 juta second round

    Mohon supaya Mykmu usul kutipan derma kilat RM1000 seorang ahli UMNO berjumlah 3 juta ahli untuk membantu Jho Low dalam pembayarah ini

  2. sman says:

    Geekpuk2,

    Kalau ikut kata Mahathir ,1MDB dah lesap RM 42 billion,jadi macam mana lagi ada duit nak bayar IPIC.Kalau 1MDB boleh bayar nanti biar pun terlewat,ertinya Mahathir bohong.Saya nak tengok itu je,lambat pun tak apa asal masih ada wang,tak lesap.

Leave a Reply