Menu Utama

Sunday, August 13th, 2017

 

Nothing to Hide dan Kerusi Terbang

oleh Ab Jalil Backer Kekecohan yang berlaku petang tadi bukan perkara terasing membabitkan Tun Mahathir. Pada 2008 selaku salah seorang penganjur dalam program MYKMU.NET: Pilihan Raya Umum Ke-12 : Satu Penilaian” saya terpaksa naik ke pentas mengugut untuk membatalkan acara tersebut. Majlis di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya tersebut membariskan ucaptama Tun Mahathir Mohamad dan ahli panel Dr Mohamad Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan Poad Zarkashi dihadiri lebih 2000 orang. Puncanya ada sebahagian penyokong Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dapat menerima cadangan dari seorang Ketua Pemuda UMNO CawanganBaca Lagi


Bila Orang Tertutup Cuba Jadi Terbuka, Memang Kecohlah Jadinya

PENULIS tak langsung rasa terperanjat dengan  kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam hari ini, malah penulis terkejut kalau program itu tidak bertukar kecoh.  Mahathir buat musuh dengan ramai orang sepanjang 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, bukan sikit manusia yang berbuku dengan banyak keputusan yang dia buat sepanjang berkuasa, apa yang nak dihairankan kalau kekecohan melanda dalam majlis yang dihadirinya? Justeru bila soal Memali ini yang membabitkan banyak kematian dijawab sambil lewa oleh Mahathir, tak hairan ia menjadi kemuncak kepada kemarahan orang.  Ramai matiBaca Lagi


1100 Jemaah Haji Program Haji YAB PM selamat tiba.

Seramai 1100 jemaah Haji Program Haji YAB Perdana Menteri telah selamat tiba di Makkah untuk mengerjakan Haji dengan 4 penerbangan . Ramai jemaah haji program Khas Haji Perdana Menteri melahirkan rasa kesyukuran dan berasa bertuah menjejaki kaki ke tanah suci Mekah . Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja Yayasan 1Malaysia Deve­lopment Bhd. (1MDB) menghantar seramai 1,100 orang bagi menunaikan ibadah haji tahun ini. Jemaah haji yang terpilih itu terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara. Kejayaan program ini merupakan buktiBaca Lagi


Pakatan Harapan pakatan kebencian

TIDAK salah untuk mengkritik, tidak salah untuk menegur tetapi lakukanlah secara berhemah, profesional dan beradab. Mungkin itulah ayat sesuai bagi memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan diketuai DAP yang dari semasa ke semasa terus ‘menggila’ membangkitkan isu yang semata-mata bertujuan menyemai benih kebencian dalam kalangan rakyat kepada kerajaan. Penulis tidak mengatakan semua isu yang dibangkitkan oleh pakatan pembangkang tidak betul atau boleh dibiarkan tetapi mereka sepatutnya bersikap profesional dan sekali-sekala belajar untuk mencermin diri. Sebenarnya kita sudah bosan dengan retorik Pakatan Harapan, mereka beria-ia melaungkan slogan mahu selamatkan Malaysia tetapiBaca Lagi