Menu Utama

Zaman Mahathir vs Zaman Najib

oleh Ab Jalil Backer

Mahathir, Najib, Anwar Ibrahim, Muhyiddin, Mat Sabu, Lim Guan Eng, Hadi Awang, Azmin Ali, semua ada sisi “korup dan hipokrit” mereka.

Namun yang betul-betul menjaga majoriti rakyat sekarang termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak hanya Najib Razak sahaja. Tanylah orang Sabah, Sarawak dan peneroka Felda. Antara Mahathir dan Najib Razak, Perdana Menteri mana yang peduli kepada mereka.

Mahathir – Anwar Ibrahim sudah tiada jawatan janji macam-macam.

Zaman Mahathir – Anwar Ibrahim dulu, hendak ambil peperiksaan SPM di sekolah pun kena bayar yuran beratus ringgit. Kerani kerajaan zaman Mahathir tengok KFC dari luar sajalah. Televisyen pun kena cukai, motosikal pun kena cukai jalan,

Mahathir dan Anwar Ibrahim telah diberi peluang oleh Allah tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka cuba jual hari ini.

Kekayaan Mahathir dan Anwar Ibrahim hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu. Namun melihat cara hidup mereka mustahil mereka sekadar guna duit pencen Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Melihat kekayaan anak-anak Tun Mahathir mustahil beliau suci semacam beliau dakwa. Melihat kemampuan keluarga Anwar Ibrahim terus hidup mewah di sebalik beliau keluar masuk penjara beberapa kali, mustahil beliau sekadar “sang Khatib” membaca khutbah yang terliwat saiful Bukhari,

Jadi baiklah undi Barisan Nasional hari ini yang jauh lebih baik dari zaman Mahathir.

Kita kena penting diri kita. Sesiapa yang mahu kembali kepada taraf hidup 80-an dan 90-an boleh undi Pakatan Harapan ciptaan Mahathir – Anwar Ibrahim.

Ingat di mana anda ketika itu, tidur dalam pendingin hawa atau berbumbungkan atap bocor!






2 Komen to Zaman Mahathir vs Zaman Najib

  1. Memang Baik says:

    Masakan rakyat masih belum boleh menilai siapa yang bekerja dan siapa yang hanya bercakap. Siapa yang ikhlas membantu semua rakyat dan siapa yang bekerja untuk kroni dan perut sendiri saja.

  2. Pemerhati says:

    aku tak berapa setuju penulis kata Najib pun ada sisi korup & hipokrit…Najib belum lagi boleh dikata begitu kerana so far Najib tak bail-out siapa2(mana2 syarikat) pun yang diketahui merupakan kroni(termasuk anak atau ahli keluarga lain) beliau…tidak seperti iblis bernama mahathir semasa menjadi PM menggunakan wang Petronas untuk bail-out & beli syarikat perkapalan anak mahathir yang mengalami kerugian dengan nilai harga tiga kali ganda dari nilai harga sebenar syarikat perkapalan anak mahathir itu dimana anak mahathir telah menjadi ‘bilionaire segera’ kerana mendapat ratusan jutaan ringgit atas angin begitu sahaja tanpa berusaha sepertimana orang lain yang terpaksa berusaha & bekerja keras untuk menjadi seorang jutawan

Leave a Reply