Menu Utama

Zakaria, KWSP dan FGV

oleh Ab Jalil Backer

Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) menjual semua sahamnya dalam FGV pada Disember 2016.
Beberapa hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Shahril Ridza Ridzuan mendedahkan penjualan tersebut kerana mereka mempunyai pandangan berbeza dan tidak percaya dengan cara FGV diuruskan.

Saya tidak pasti sama ada kenyataan Shahril kerana ada agenda belakang tabir orang tertentu untuk menyerang kepimpinan FGV yang baru atau secara kebetulan.

Namun yang sangat melucukan apabila CEO FGV yang sedang disiasat, Datuk Zakaria Arshad, muncul menyatakan keputusan KWSP itu tepat dan FGV tidak akan berjaya dengan pengurusan sedia ada.

Kata Zakaria, “in the case of FGV, an institutional investor like the Employees Provident Fund (EPF) will not invest further because the investor does not believe in the current leadership anymore.”

Apakah Zakaria lupa bahawa beliau merupakan kepimpinan eksekutif tertinggi dalam FGV ketika KWSP membuat keputusan menjual semua saham mereka?

Jelas sekali kenyataan CEO KWSP itu ditujukan kepada beliau yang memegang jawatan CEO FGV sejak awal 2016.
Bagaimana beliau mahu menyalahkan kepimpinan baru FGV punca KWSP jual saham FGV sedangkan KWSP meninggalkan FGV pada Disember 2016?

Zakaria akan mendakwa beliau tidak dibenarkan melakukan perubahan oleh Lembaga Pengarah.
Ini semua tidak masuk akal kerana beliau sendiri berhadapan siasatan dalaman kerana tidak mengikut keputusan Lembaga Pengarah.

Lebih memalukan beliau hanya membangkitkan isu mengenai Lembaga Pengarah setelah beliau diarahkan bercuti untuk siasatan dalam.

Mungkin langkah pertama Zakaria membersihkan namanya ialah menjelaskan mengapa FGV di bawah pengurusan beliau gagal menyediakan pekerja ladang yang mencukupi sejak November 2016.

Kegagalan tersebut menyebabkan FGV kerugian berpuluh juta ringgit kerana hasil ladang tidak dapat dituai.
Kepada FGV jika mahu melantik CEO baru carilah orang yang boleh berfikir baik sedikit.






Satu Komen to Zakaria, KWSP dan FGV

  1. Pemerhati says:

    lebih banyak bercakap untuk ‘memenangkan diri sendiri’ telah memperlihatkan kepada orang lain kebodohan ‘menembak kaki sendiri’ tanpa dia sedari…bak kata pepatah inggeris ‘silence is golden’, bila memilih untuk ‘talk too much’, tanpa disedari ada perkara yang ‘rotten’ melibatkan diri sendiri atau boleh dikata terbuka pekung diri sendiri

Leave a Reply

Threesome