Menu Utama

“UTurn” Munafik Politik Teragung: Mahathir Setuju Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membuat pusingan U (u-Turn) terbesar dalam sejarah politik apabila menyokong usaha menjadikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas pilihan raya umum akan datang.

Mahathir yang sebelum ini memecat Anwar Ibrahim dan menuduh bekas Timbalan beliau itu sebagai tidak bermoral, korup dan menyalahgunakuasa akhirnya bersedia menyokong Anwar untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Bercakap kepada akhbar The Guardian UK semasa menyambut hari raya di London, Mahathir mendakwa Anwar Ibrahim adalah mangsa dendam politik.

Speaking to the Guardian on a visit to London, Mahathir, who in power was accused of being an autocrat, said Anwar is a victim of a political vendetta and that a new administration would seek a royal pardon to allow him to re-enter politics.

Pada zaman pemerintahan Mahathir, orang kanan beliau sekarang, Kahiruddin Abu Hassan bersama penulis buku Khalid Jafri telah berkonspirasi menerbitkan buku “50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Layak Jadi Perdana Menteri”.

Kenyataan Mahathir terbaru ini menunjukkan betapa terdesak beliau mahu menjatuhkan Najib Razak atas sebab peribadi. Ini kerana sehingga beberapa bulan lalu beliau masih menentang idea menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tindakan ini dipercayai kerana terdesak mengenai sokongan yang makin berkurangan. Mahathir juga berhadapan dengan masalah parti sendiri apabila Naib Presiden Pribumi, Hamidah Othman bertikam lidah dengan Ketua Armada (Youth Wing) Pribumi saling tuduh menuduh sebagai agen UMNO untuk merosakkan parti.

Apabila membaca wawancara The Guardian dengan Mahathir dan menonton video di bawah, kita tidak lagi boleh menafikan Mahathir Mohamad adalah insan munafik politik yang teragung dalam sejarah tanah air.






2 Komen to “UTurn” Munafik Politik Teragung: Mahathir Setuju Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

  1. sman says:

    Mungkin masa utk beliau meninggalkan alam fana ini sudah hampir .Ini bukan nyanyuk lagi tapi sudah ‘buat tabiat’ alamat nak masuk kubur.Semuga Allah menyelamatkan Malaysia dan umat Islam negara ini dari berketuakan makhluk jenis ini .Namun rakyat Malysia perlu juga memohon ampun dari Allah kerana pernah meletakan orang seperti ini sebagai Perdana Menteri mereka selama 22 tahun.Ini adalah , satu ‘dosa’ besar.

  2. Memang Baik says:

    Manusia akan kurangkan aktibiti duniawi menjelang umur 60. Ini kerana 30 tahun atau 40 tahun dibelakang sudah diuntukkan pada duniawi. Samada sudah dapat jumlah yang mencukupi atau tidak mencukupi, lazimnya manusia sudah redha disertai bersyukur atas apa saja yang telah diperolihi disamping terus berdoa supaya dikekalkan iman, diberi kesihatan dan dilanjut kan usia dengan kebaikan. Tentunya meminta syurga dan dihindar neraka..

    Tapi kalau pada umur 90an sesaorang itu seolah2 baru mahu mula aktibiti duaniwinya… bagaimana tafsiran kita ?. Selain dari buang terbiat nak mampos.

Leave a Reply

Threesome