Menu Utama

TRX Bukti Kejayaan 1MDB, Bukti Fitnah Pembangkang Berniat Jahat

TRX Bukti Kejayaan 1MDB, Bukti Fitnah Pembangkang Berniat Jahat

ISU 1Malaysia Development Berhad(1MDB) boleh diumpamakan seperti rumah kita tidak hilang apa-apa namun jiran kita dengan lantang dan kecoh mendakwa ada pencuri masuk dan bawa lari barang-barang kita. Kemudian jiran kita sibuk-sibuk buat laporan polis.

Apabila polis datang menjalankan siasatan dan mereka mengesahkan bahawa tidak ada berlaku sebarang kecurian namun jiran kita masih lagi tidak berpuas hati. Mereka masih mendakwa ada berlaku kecurian besar di rumah kita.

Bukan lagi rahsia bahawa pembangkang mencipta cerita 1MDB dengan tujuan untuk menjatuhkan Perdaba Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau lebih tepat kerajaan Barisan Nasional. Menyingkirkan PM umpama menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

Masalah atau kesukaran dalam tadbir urus 1MDB tidak boleh dijadikan alasan untuk menjatuhkan kerajaan memandangkan ianya bukanlah perkara yang mampu menjejaskan negara memandangkan aset 1MDB ternyata melebihi liabiliti dan 1MDB telah mencatatkan keuntungan serta berdaya maju.

Bagi mengatasi segala masalah yang berbangkit maka PM sendiri telah mengarahkan tindakan merasionalisasi operasi syarikat berkenaan. Hakikatnya rakyat juga tahu bahawa pembangkang yang diketuai DAP cuba menjadikan 1MDB sebagai isu, malah mereka cuba mensabotaj syarikat itu, dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan sewaktu pilihan raya.

Sebenarnya pembangkang telah memilih 1MDB untuk dijadikan kambing hitam memandangkan syarikat tersebut banyak menyebabkan kroni-kroni yang selama ini dinaungi pembangkang tidak lagi dapat mengaut keuntungan seperti sebelum ini.

Kita juga tahu bahawa jika mereka gagal menjadikan 1MDB sebagai isu maka syarikat-syarikat lain akan dijadikan sasaran serangan mereka pula dalam usaha untuk cuba mengubah kerajaan. Sebelum ini Tabung Haji turut menjadi mangsa serangan pembangkang yang diketuai DAP.

Hasil daripada usaha rasionalisasi 1MDB yang berterusan, banyak aset yang dimiliki oleh 1MDB kini semakin berkembang pesat. Kita boleh melihat bagaimana Tun Razak Exchange sedang pesat dibangunkan.

Projek 70 ekar, yang terletak di sebelah Bulatan Pandan di Kuala Lumpur, merupakan aset utama 1MDB yang memperoleh tanah dari Putrajaya pada RM194.1 juta pada tahun 2010. Sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula hutang 1MDB, projek itu disebut sebagai hab masa depan bagi kewangan Islam, dengan nilai pembangunan kasar sekurang-kurangnya RM40 bilion.

Lagi kuat tekanan yang dilakukan oleh pembangkang, PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi semakin kuat, UMNO dan Barisan Nasional juga semakin gagah.






Leave a Reply

Threesome