Menu Utama

“TOP DOG” MAHATHIR HARUS SEDAR DIRI: KIT SIANG YANG MEMPUNYAI 38 KERUSI ADALAH KETUA PEMBANGKANG YANG SEBENAR

Kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak

19 Julai 2017

1. Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengadakan debat ‘town hall’ bersama musuh-musuh politiknya selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

2. Kini, sebagai Pengerusi Pembangkang, Dr Mahathir menuntut bahawa beliau adalah ‘top dog’ pihak pembangkang, setaraf dengan Perdana Menteri. Tetapi, sama ada beliau sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang – seorang yang tidak kelihatan dalam carta kepimpinan mereka.

3. Parti Dr Mahathir hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pihak pembangkang sebanyak 38 kerusi. Maka secara realiti, Kit Siang adalah ketua sebenar dan Dr Mahathir hanyalah sekadar boneka. Sebagaimana senarai pemimpin-pemimpin pembangkang yang diumum terdiri itu daripada orang Melayu, ia sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI






Satu Komen to “TOP DOG” MAHATHIR HARUS SEDAR DIRI: KIT SIANG YANG MEMPUNYAI 38 KERUSI ADALAH KETUA PEMBANGKANG YANG SEBENAR

  1. sman says:

    Mahathir ni syok sendiri je ,gila nak jadi ketua ,langsung tak cermin diri.Taraf Mahahthir sama juga dgn mereka yg di jadikan alibaba dalm perniagaan.berlagak jadi pengarah syarikat tapi perniagaan orang lain punya dan nama awak di gunakan hanya utk dapat projek dan dapat lesen .Dulu Mahathir kutuk orang Melayu berniaga alibaba,sekarang dia sendiri yg jadi alibaba.Muka tak tahu malu.

    Kalau di fikirkan musahil DAP sanggup terpinggir ,apatah lagi tunduk di bawah regu Mahathir dan Anwar .Mereka bukan lupa dgn apa yg berlaku pada mereka di zaman regu ini berkuasa di tahun 90an dulu.Walau pun mereka sanggup letak melangit tingginya kedudukan Mahathir dalam carta organisasi,tapi telinga Mahahthir sudah tentu di pegang oleh DAP utk menentu kemana hala tujunya.Kalau tidak mana boleh jadi.Nanti yg akan berlaku ialah ‘tsunami orang Cina’ meninggalkan DAP.

Leave a Reply

Threesome