Menu Utama

‘Top Dog’: Jangan Lupa ‘Sertu’ Selepas Guna

Memandangkan dia pernah mentadbir negara selama 22 tahun, maka memang diakui dia pernah berjasa di negara kita. Perkiraan mudah, lebih lama seorang Perdana Menteri itu mentadbir, maka sudah tentulah ada perkara baik yang dia lakukan.

Namun begitu, jika ada jasa baik, maka tidak semestinya dia tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Kadang kala untuk kekal berkuasa, ada yang sanggup jadi ‘Maha Firaun’ dan mengamalkan corak pemerintahan ‘kuku besi’. Itu pernah berlaku.

Jadi, apabila orang itu tidak lagi menjadi ‘top dog’ negara, maka mungkin akan timbul rasa ‘kehilangan’. Sudah biasa menjadi ‘top dog’ dan hilang status itu, maka mungkin ada yang lupa diri hingga tidak dirinya kini lebih menjurus kepada menjadi ‘dog’ sahaja…

Namun apa yang memusykilkan penulis adalah bagaimana istilah ‘top dog’ itu boleh tiba-tiba tercetus? Apakah tidak ada istilah yang lebih murni dan melambangkan budaya ketimuran kita? Apakah setelah keluar dari UMNO maka identiti turut berubah kebaratan?

Mengapa pula tiba-tiba mahu mendabik dada seolah-olah mahu mengatakan dialah ‘hero paling ulung’? Apakah dia fikir apabila menobatkan dirinya sebagai ‘hero’ pada maqam yang tertinggi maka dia dapat mengaburi mata masyarakat Malaysia?

Pada pandangan penulis, seorang hero sejati tidak akan menobatkan dirinya sebagai hero. Apatah lagi mendakwa dirinya sebagai ‘hero ulung’ di depan khalayak umum, penulis yakin ramai yang akan mentertawakan orang ‘psycho’ yang ‘syok sendiri’ seperti itu.

Kebiasaannya, hanya mereka yang ‘sakit’ dan tidak yakin sahaja akan berbuat demikian. Paling-paling tidak pun dengan meletakkan diri ke maqam yang tertinggi, maka ia akan memberi sedikit keyakinan padanya.

Dia fikir orang tidak dapat membaca gerak catur politiknya? Nampak jelas sangat. Bagai kata orang putih, ‘over cooked’ atau ‘sudah terlebih masak’, hangit! Pernah dengan istilah ‘hangit berbohong’? Apakah kita akan percaya pada sesuatu yang ‘hangit’ begitu?

Kita pun tahu, Lim Kit Siang mahu pun memang tidak digemari masyarakat Melayu. Tapi jangan salahkan Melayu sama ada di dalam UMNO atau PAS, mahupun Melayu atas pagar. Bukankah dia sendiri dulu yang ‘membelasah’ DAP separuh nyawa? Apakah PAS akan lupa atas apa yang DAP lakukan terhadap parti itu?

Apabila tokoh DAP itu langsung tidak diletakkan di dalama senarai tertinggi, tetapi diletakkan pula seorang ‘dog’ yang sudah ‘pencen’, apakah dia fikir rakyat tidak dapat menghidu bau busuk atas tindakan tersebut?

Justeru itu penulis menyarankan supaya jika benar pun mahu ‘menganjingkan’ diri kepada ketuanan ‘maharaja’, gunakanlah gerak-gerak catur yang baru dan tidak mudah dibaca. Nampak ‘lekeh’ sangat. Leman Juling Hidung Kepek pun boleh ‘baca’…

Penulis tahulah sekarang ini sedang kecoh dengan wabak ‘rabies’. Tapi takkanlah terpengaruh hingga menggunakan istilah ‘anjing’. Ubahlah sikit. Mungkin boleh rujuk pada A Samad Said. Mungkin sesuai digunakan ‘memperhambakan diri’, bukankah lebih ‘catchy’?

Sementelah memilih menggunakan istilah ‘top dog’, penulis harap dia tidak lupa ‘sertu’kan diri selepas menggunakan istilah tersebut. Nanti tidak sah pula solatnya. Tapi kalau Kit Siang yang ‘top dog’, tidak perlu sertu pun tidak mengapa. Dia bukan beragama Islam pun…






Satu Komen to ‘Top Dog’: Jangan Lupa ‘Sertu’ Selepas Guna

  1. madeyGila says:

    biasalah madey makin hari makin gila kuasa.

Leave a Reply