Menu Utama

“Top Dog” Atau “Dog” Kepada DAP Saja?

INILAH antara persoalan yang bermain di minda rakyat setelah antara orang nombor satu DAP tampil menegaskan bahawa idiom Top Dog kurnian kepada diri sendiri oleh Mahathir itu, tidak bermakna Pakatan (sebut DAP) perlu menjawab kepadanya atau Mahathir mempunyai kata putus dalam Pakatan.  Ironinya, DAP tidak menyanggah gelaran Top Dog oleh Mahathir, mungkin seronok melihat Mahathir mengaitkan dirinya sendiri dengan anjing!!

Pedulilah idiom  tak idiom.

Anyway, kalau macam itu (Pakatan tak menjawab kepadanya dan mempunyai kata putus dalam Pakatan), Mahathir ni sebenarnya apa,  Top Dog atau Dog saja?  Idiom Top Dog tu bermaksud, orang penting, yang perlu dirujuk atas segala hal.  Kalau tak boleh beri kata putus dan tidak ada siapa dalam Pakatan perlu menjawab kepadanya dulu, itu serupa anjing biasa sajalah, bukan Top Dog.

Nampak jelas Mahathir tidak menyembunyikan hasratnya untuk menjadi ketua kepada Pakatan sekalipun telah dipersetujui bahawa Anwar duduk di tempat paling tinggi, diikuti Mahathir sebelum bini Anwar sendiri selaku Presiden di tempat ketiga.  DAP juga nampaknya tidak menyembunyikan hasrat bahawa mereka hanya mahu menggunakan Mahathir, bukan mahu turut kepada semua kehendak orang tua tersebut.

Rakyat perlu tahu ini saja.

Tak salahlah apa yang selalu disebutkan dulu bahawa Mahathir akan hijack Pakatan bila dia keluar UMNO dan menubuhkan parti cap bunga PPBM, memang dia buat sungguh!!  DAP jelas taknak Mahathir kawal semua benda dalam Pakatan dan ini bukti kukuh bahawa inilah Pakatan pembangkang paling tidak stabil dalam sejarah pembangkang berpakat di negara ini.

Masa ada Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat sebelum ini, masalah seumpamanya tidak berlaku – mungkin sebab tidak ada Mahathir.  22 tahun Mahathir jadi Presiden UMNO (2/3 daripadanya kekal Presiden sebab undi bonus dan kuota pencalonan) serta Pengerusi BN, tak pernah Mahathir menggelar dirinya sebagai Top Dog pun untuk menunjukkan dia begitu berkuasa.

Tapi ini kali nampak lain, nak sangat jadi Perdana Menteri semula, dog pun dog lah.






Leave a Reply