Menu Utama

Tanpa UMNO Dia Boleh Jadi PM?

Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa kononnya bekas Perdana Menteri itu berjaya menjadi Perdana Menteri atas kapasiti dirinya sendiri dan bukannya kerana UMNO. Ketaksuban ‘macai-macai’ itu begitu mendalam sekali terhadap ‘dewata raya’ mereka.

Penulis tidak pasti dari mana datangnya idea untuk mereka mendakwa sedemikian. Namun jika dilihat dari latar belakang mereka, rata-ratanya mereka ini adalah dari golongan generasi baru yang mungkin malas membaca atau mengkaji sejarah politik negara.

Sekiranya mereka membaca buku ‘puji diri sendiri’ seorang ‘doktor di dalam rumah’, membandingkan dengan teori sains politik dan fakta-fakta sejarah politik negara, serta kemudian berfikir secara terbuka, rasional dan waras, maka penulis yakin mereka akan temui jawapannya.

Benarkah dia jadi Perdana Menteri kerana kekuatan dirinya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan UMNO?

Dari sudut agama, asasnya dia ditakdirkan mendapat kuasa dan diberi jawatan Perdana Menteri adalah kerana Allah sudah menentukan sedemikian. Itu adalah asas kepercayaan selaku umat Islam.

Dari sudut pemikiran politik, maksudnya dia ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri melalui parti politik. Tapi parti politik yang mana satu? Adalah mustahil untuk dia menjadi Perdana Menteri dengan status ahli parlimen bebas. Dia perlu berparti untuk membentuk majoriti di dalam Dewan Rakyat.

Dia asalnya UMNO. Dia dipecat dari UMNO kerana bersikap biadap dan kurang ajar kepada bapa kemerdekaan negara. Dia utus surat mencerca dan melakukan tuduhan tanpa asas kononnya hanya kepada Almarhum, tapi dia sebarkan beribu-ribu salinan kepada umum.

Jika dia tidak berniat untuk menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, apa niatnya? Sengaja mahu tunjuk kurang ajar, derhaka dan biadap di masa mudanya? Benar, selepas itu dia dipecat kerana jelas dia berniat tidak baik terhadap insan yang bersusah payah menyatukan umat Melayu menuntut kemerdekaan ketika itu.

Dia tidak sertai mana-mana parti. Kononnya ‘cintakan UMNO’. Tapi dia naik pentas PAS. Dia ‘membelasah’ UMNO. Soalnya, berjayakah dia naik jadi Perdana Menteri atas kapasiti bebas walaupun dengan ‘ehsan’ PAS? Jangankan Perdana Menteri, Timbalan Menteri pun tak mungkin.

Tapi kemudian, dia atas belas ehsan Almarhum Tun Abdul Razak, dia ‘dikutip’ dari terus menjadi ‘gelandangan yang mencari makan dari tong-tong sampah’ di sekitar negara ini. Dia diangkat menjadi calon dan kemudian menang menjadi ahli parlimen.

Kemudian dia dilantik menjadi Menteri penuh, Timbalan Perdana Menteri dan kemudian selepas menang bertanding menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah atas bantuan anak Tun Abdul Razak, Datuk Seri Mohd Najib, dia jadi Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri.

Dari sudut prosesnya jelas bahawa dia naik setakah demi setakah di dalam UMNO dan hanya mengukuhkan kedudukan politiknya di dalam parti itu, maka barulah dia naik jadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Tradisi teorinya, ketua kepada parti yang menang PRU akan dilantik menjadi Perdana Menteri.

Jadi, bersandarkan fakta-fakta tersebut, apakah tepat dia jadi Perdana Menteri kerana kekuatan pada dirinya atau dia terpaksa bergantung harap kepada kedudukan politiknya di dalam UMNO. Jika dia tidak dikutip oleh Tun Razak, apakah dia berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri?

Pada pandangan penulis, adalah jelas sekali bahawa Allah mentakdirkan dia menjadi Perdana Menteri melalui UMNO. Jadi secara tidak langsung, logiknya UMNO menjadi perantara penyebab dia menjadi Perdana Menteri. Bukan PAS, bukan DAP mahupun bebas.

Atas sikap dan kelicikan politiknya, dia mampu menggenggam UMNO di dalam cengkamannya. Dia takut-takutkan pembangkang dengan kuasa, pengaruh dan autoriti yang dia miliki. Dia kawal serba-serbi. Konsep pembahagian kuasa legislatif, eksekutif dan judiciari hampir tidak ada ketika itu.

Benar dia sudah ‘bersara’. ‘Dah lama dah’, katanya. Tapi dia mungkir. Konon kerana negara dan rakyat. Dan kini ada hati pula nak jadi Perdana Menteri sekali lagi? Untuk apa dan siapa sebenarnya? Tak perlu jawab di sini, jawab pada diri sendiri…






Leave a Reply

Threesome