Menu Utama

TAKUT ANWAR JADI SAKSI, U-TURN TERKINI MAHATHIR BERKAIT RCI

DATO ‘SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

1. Pusingan U (U-turn) dan sokongan terkini Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bukan seperti yang digambarkan. Ia hanya diberikan selepas lebih 20 tahun Mahathir memburuk-burukkannya dan menggunakan segala kuasa yang ada untuk menghapuskan Anwar dari proses politik, termasuk menangkapnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini telah dimansuhkan, mendakwa dan memenjarakannya dan menjalankan kempen yang berterusan untuk menyerang karektor moralnya.

2. Bagaimanapun, seperti yang Mahathir sedia maklum, mengikut undang-undang, Anwar tidak boleh bertanding secara sah, jadi U-turn ini bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang. Pada hakikatnya, sokongan Mahathir terhadap Anwar kali ini didorong oleh kebimbangannya yang mendalam mengenai keputusan Kabinet untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kebenaran di sebalik kerugian RM30 bilion Bank Negara dalam pertukaran matawang asing, semasa pentadbirannya seperti yang diperincikan dalam laporan Pasukan Petugas Khas.

3. Mahathir mengetahui bahawa penemuan RCI boleh membawa kepada pendakwaan jenayah, jadi dia tidak mampu berhadapan dengan individu yang sangat relevan dengan kes ini seperti Anwar yang memberi keterangan menentangnya. Ironinya Mahathir kini memerlukan Anwar, lelaki yang dipecat dan dipenjarakannya. Sama seperti dia kini memerlukan Lim Kit Siang, seorang lagi lelaki yang dipenjarakannya, kerana hakikatnya Kit Siang mengawal pembangkang ekoran DAP mempunyai kerusi majoriti di parlimen – sedangkan parti Mahathir hanya mempunyai satu kerusi.

4. Peperangan Mahathir ini bukan didorong oleh kepentingan nasional, tetapi sikap memetingkan diri dan kepentingan peribadinya. Mahathir terlalu obses untuk menyelamatkan warisan keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

5. Dia tidak mempunyai prinsip dan akan melakukan apa sahaja – termasuk bersekongkol dengan mereka yang dipenjarakannya, menjemput campur tangan asing di negara kita yang demokratik dan berdaulat, mensabotaj ekonomi kita, dan membuat 100 U-turn jika diperlukan untuk memanipulasi fikiran rakyat – sebagai cara untuk memastikan matlamat akhirnya tercapai. Anwar mungkin akan terpedaya untuk ini, tetapi saya percaya negara ini tidak akan sama sekali terpedaya. Kerana dengan hanya satu kerusi di Parlimen, Pengerusi Pribumi ini tidak dapat memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Ia akan menjadi terlalu tidak demokratik.

6. Mahathir pernah mendesak Tun Abdullah Badawi untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, sekarang dia menuntut peletakan jawatan saya, dan akan menuntut pengganti saya meletakkan jawatan sehingga anaknya menjadi Perdana Menteri – tidak kira apa sekalipun risikonya ke atas Malaysia. Kali ini kita tidak akan membiarkan dia berjaya, kerana proses demokrasi mesti diguna pakai, dan kepentingan negara mesti diutamakan berbanding kepentingan keluarga Mahathir.

7. Tiada yang lebih penting daripada keperluan rakyat. Oleh itu, kerajaan di bawah kepimpinan saya akan terus memberikan sepenuh perhatian kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia. Kepentingan rakyat mesti diutamakan terlebih dahulu, dan kami akan mengotakan janji-janji kami.






Satu Komen to TAKUT ANWAR JADI SAKSI, U-TURN TERKINI MAHATHIR BERKAIT RCI

  1. Baraq says:

    Anwar akan buat u-turn 360 darjah, kenakan Mahathir balik, bagi tahu RCI semua ini perancangan Mahathir dan Daim untuk mengaut untung peribadi. Bagi tahu Mahathir arahkan supaya membohongi parlimen dan rakyat, mengatakan forex tidak rugi , hanya rugi atas kertas bungkus nasi lemak..kali ni kau tk berjaya sikitol, masa kejatuhan kau dah nampak, sebagaimana jatuhnya pemerintah Firaun.., sekaya kaya Karun, akhirnya lenyap di muka bumi ini. Siapkan diri untuk berada di istana 6kaki x4kaki.., wallahuallam.

Leave a Reply