Menu Utama

Tak Percaya DoJ: Siapa Trump Berbanding Mahathir?

ANTARA tindakan pertama Donald Trump sebaik mengambil alih kuasa sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 45 pada 20 Januari 2017 ialah memecat Peguam Negara Loretta Lynch dan kemudian Pengarah FBI, James B. Comey – keduanya dilantik oleh pentadbiran yang terdahulu.

Sudah tentu Trump tahu apa yang kebanyakkan orang di dunia ini tidak tahu mengenai dua personaliti ini sehingga mengambil keputusan untuk menyingkirkan mereka dari pentadbirannya.  Bukan rahsia Trump tidak berkenan dengan beberapa tindakan Loretta dan Comey yang bertentangan dengan polisi pentadbirannya.

Yang pasti, kedua Loretta dan Comey dilihat berganding bahu cuba mengaitkan Trump dengan campur tangan Russia dalam pemilihan Presiden Amerika – dakwaan yang bukan sahaja tidak mempunyai bukti malah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Trump.  Russia?  Langsung tak ambik endah.  Malah dokumen 25 mukasurat yang disediakan FBI untuk menyokong dakwaan tersebut juga tidak mempunyai sebarang bukti, hanya anggapan dan dakwaan.

Apa pun ini bukti bahawa sebagai Presiden pun Trump tidak percayakan DoJ, kenapa beberapa pihak dalam negara ini seperti Mahathir dan kuncu-kuncunya yang percayakan DoJ dan kenyataan yang dikeluarkan mereka seolah-olah itu wahyu daripada Tuhan?

Sudah tentu tiada siapa mengatakan Mahathir mampu mengawal DoJ, dia nak kawal partinya sendiri pun tidak boleh.  Yang banyak diperkatakan ialah Mahathir dan kuncu-kuncunya ada sumber kewangan untuk membayar frima pelobi seperti Clinton Foundation yang mempunyai keupayaan mempengaruhi DoJ, setidak-tidaknya menyiarkan laporan dari pengadu tidak dikenali mengenai Jhol Low yang Mahathir mahu ia disiarkan.

Baik Mahathir mahupun sekutunya yang dinamakan dalam tuduhan mengenai membayar Clinton Foundation itu, tidak langsung mengulas mengenainya sejak ia didedahkan Raja Petra.

 

 






Leave a Reply

Threesome