Menu Utama

Skandal MBI-Jana Niaga: Azmin Dicabar Tunjuk Bukti

Merujuk kepada jawapan Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor, saya ingin mengajukan beberapa soalan buat pihak MBI dan Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Azmin Ali mengenai isu UNISEL.

MBI berkata terdapat proses timbangtara untuk menyelesaikan pertikaian. Persoalannya, bilakah proses timbangtara tersebut dilakukan antara Jana Niaga dan UNISEL? Siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam timbangtara yang dikatakan tersebut? Sila kemukakan dokumen-dokumen berkenaan timbangtara ini.

Melalui pendedahan di Selangor-Leaks, pendapat undang-undang dari firma Raj, Ong dan Yudistra menyatakan bahawa MBI Selangor telah cuba untuk menyelesaikan perkara ini mewakili pihak UNISEL. Walaubagaimanapun UNISEL tidak bersetuju dengan terma-terma yang dicadangkan oleh MBI. �
Melalui pendedahan yang sama, UNISEL juga tidak bersetuju dengan bayaran pendahuluan RM10 juta kepada Jana Niaga oleh MBI. Walaupun bayaran ini dari pihak MBI, tetapi ianya dianggap sebagai hutang UNISEL kepada MBI. Bayaran ini juga dibuat sebelum apa-apa proses dimuktamadkan.�
Mengapa MBI telah bertindak untuk membayar Jana Niaga sebelum sebarang syarat baru ataupun pertikian ini diselesaikan?

Saya berharap Menteri Besar dan pihak MBI dapat menjelaskan perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor khususnya pelajar-pelajar UNISEL.

RIZAL MANSOR

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212583888286239&id=1055110284






Leave a Reply

Threesome