Menu Utama

Sinar Harian sepatutnya tak perlu TERDESAK buat cerita dongeng konon PM terdesak

oleh Kang Nasir

Dengan ANDAIAN dari dosa prasangka buruk Fahmi Fadhil pun nak disebarkan menjadikannya DOSA BERANTAI.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=881111462065265&id=100004992577825&fs=4&ref=bookmarks

Dosa kemungkaran yang berantai dan lebih besar serta membawa kemudaratan ummah bermula dari dosa prasangka buruk. CEO SinarHarian mustahil tidak tahu sedangkan mahir dalam FIQH.

Dalam kenyataan akhbar pada pautan ini.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/najib-dalam-keadaan-terdesak-sekarang-ini-1.699336

Wartawan sinar menulis.
Fahmi Fadzil berkata, perkara itu boleh dilihat menerusi laporan pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di London.

“Politik adalah persepsi. Laporan berita ini sudah pasti memperlihatkan muafakat Anwar dan Mahathir. Ini menjadi bukti pergerakan pihak pembangkang semakin teratur.

“Ini membuatkan Najib semakin panik dan terdesak kerana nyawa politik beliau semakin ‘tenat’. Bukti pertama adalah kenyataan media beliau hanya di dalam bahasa Inggeris dan bukannya bahasa Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Dari kenyataan diatas sudah NYATA. Kenyataan itu HANYA ANDAIAN atau SANGKAAN BURUK. Tapi malangnya ramai mukmin yg menjadikannya sebagai FAKTA dengan menyebarkan cerita dongeng itu tanpa sedar pun TERJEBAK DENGAN DOSA BERANTAI DAN FITNAH selain bersusah payah melibatkan diri dengan DOSA JARIAH.

Dalam islam sudah tersedia garis panduannya JALAN PENYELESAIAN kearah kebaikan pada diri dan seluruh ummah. Sebelum kita terjebak dgn dosa keji dan mungkar yang lebih besar dan memudaratkan. Allah sudah beri panduan dalam Quran menyatakan usahkan FITNAH, sedangkan berperasangka buruk itu pun satu larangan dan dosa.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah oleh kalian kebanyakan dari persangkaan (zhan) karena sesungguhnya sebagian dari persangkaan itu merupakan dosa….”
(Al-Hujurat : ayat 12)

Inikan pula berbuat andaian bertujuan mengaibkan. Apatah lagi cerita dongeng untuk adu domba ini sambil mengharap imbuhan lumayan dan berbangga mendapat pujian kerana pandai buat kerja rekaan lalu dikongsi ramai-ramai menjadikannya DOSA JARIAH YANG BERANTAI DAN MENJURUS KEARAH FITNAH.

“…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujurat : ayat 12)

Jadi. Tak payahlah kita bersusah payah berlumba-lumba menghimpun dosa jariah berpunca dari prasangka.






Leave a Reply

Threesome