Menu Utama

Sikap Dr. Mahathir semakin kebudak-budakkan

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin kebudak-budakkan.

Hishammuddin berkata, cabaran Dr. Mahathir supaya beliau bertanding pada pilihan raya akan datang di Langkawi terlalu lucu kerana beliau yang juga Menteri Pertahanan tidak pernah menyimpan hasrat untuk berbuat demikian.

Jelas Hishammuddin, tindakan Dr. Mahathir termasuk mencabarnya itu cukup mengecewakan lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang veteran politik negara


“Saya ingin mengingatkan Dr. Mahathir bahawa beliau yang ingin bertanding di Pekan, saya tidak pernah pun menawarkan diri untuk bertanding di Langkawi.



“Saya tengok Dr. Mahathir ini macam budak-budak, mencabar-cabar saya pula. Saya cukup selesa di Sembrong, tak perlu saya jawab lebih daripada itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018, di Wisma Perwira, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.



Semalam, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencabar Hishammuddin bertanding di Langkawi pada pilihan raya akan datang.



Cabaran itu susulan kenyataan Hishammuddin yang menyifatkan hasrat Dr. Mahathir bertanding di Pekan sebagai kenyataan populis, kelmarin.

Jelas Hishammuddin, tindakan Dr. Mahathir termasuk mencabarnya itu cukup mengecewakan bagi seorang veteran politik negara.



Katanya, atas sebab itu beliau berpendapat tidak mahu melayan perbuatan Dr. Mahathir termasuk tindakan mencabarnya itu. – UTUSAN ONLINE.








Satu Komen to Sikap Dr. Mahathir semakin kebudak-budakkan

  1. TORATORA says:

    Kita amat menghormati Tun M. Tapi kalau dah ada tanda2 nyanyuk tu harap rakan2 rapatnya yang terdekat dapat menasihati beliau. Jasa2 beliau memang banyak, lebih 20 tahun beliau memerintah. Sikap beliau yang agak kebudak-budakan, pelupa dan cepat melenting akhir2 ini hanya menimbulkan kembali prasangka masyarakat akan kepincangan dizaman perintahan beliau yang terkunci rapat selama ini, seterusnya mencetuskan perasaan ingin tahu masyarakat akan kesilapan yang beliau lakukan sepanjang pemerintahan beliau. Berehatlah Tun…

Leave a Reply