Menu Utama

RM 6 Billion Setahun Untuk Ganti HP Ni Menunjukkan Apa? Negara Nak Lingkup Ke?

FIRMA pemasaran terbesar Jerman, GfK dalam satu kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan sehingga RM 6 billion setahun untuk menukar handphone saja pada tahun lepas.  Tahun 2015, sebanyak RM 5.4 billion dibelanjakan untuk tujuan yang sama.

RM 6 billion tau, bukan RM 6 juta!!  Setahun. bukan 10 tahun.

Apa maksud semua ni?  Semua ini bermaksud, rakyat Malaysia ni berduitlah, yang dok percaya cakap pembangkang ekonomi tenat dan sebagainya tu kenapa pulak?  Itu baru cerita tukar handphone, belum cerita lagi bapak melawat anak tak boleh balik beraya di London!!  Dahlah bapak melawat anak (biasanya anak lawat bapak), melawat di London bawak satu keturunan pulak tu naik pesawat kelas bisnes, dahsyat orang kita sekarang ni.

Semua ini menunjukkan kemakmuran dan “keberduitan” rakyat negara ini dibawah pemerintahan Datuk Sri Najib Tun Razak.

Apa pun, secara peribadi, penulis sangat bersetuju dengan kajian ini kerana ia memang refleks kepada apa yang berlaku kepada diri sendiri dan majoriti orang sekeliling di dunia nyata.  Itu baru cerita handphone, kita pun tahu majoriti orang bercakap/menulis pasal kesusahan rakyat di Malaysia ini (dengan tujuan untuk menyalahkan kerajaan), dia bercakap tentang kesusahan orang lain.

Sedikit benar jumlahnya yang bercakap pasal kesusahan diri sendiri di media sosial, nak mengaku terima BR1M pun ada yang malu walaupun beli handhphone baru dengan duit itu!!

Keseluruhannya, sementara Pakatan bercakap tentang kesusahan rakyat Malaysia kononnya akibat dasar kerajaan, realiti dibawah ini tidak langsung mencerminkan tuduhan berkenaan.  Balik raya hari tu saja cukuplah, dek banyaknya kereta, ada yang sampai berbelas jam habis masa dalam perjalanan.  Orang kalau susah, dia susah juga, takde mananya ‘terpaksa’.






Satu Komen to RM 6 Billion Setahun Untuk Ganti HP Ni Menunjukkan Apa? Negara Nak Lingkup Ke?

  1. 123456789 says:

    Yg lawat anak kat UK tu sapa errkkk….pak mat penoreh getah kat Baling ka…tentu sekali tidak kan? Habis tu mungkin set2 kroni yg dpt projek besar2 yg mana duit depa tu mcm daun kayu je!!!

Leave a Reply

Threesome