Menu Utama

Ramasamy Antara Sebab Mahathir Gelar DAP Parti Rasis Dulu, Kini & Selamanya

ORANG macam Ramasamy yang mendakwa seorang pengusaha kantin di Pulau Pinang ditamatkan kontrak kerana enggan memeluk agama Islam, adalah antara sebab kenapa Mahathir selama berpuluh tahun menggelar DAP sebagai parti rasis dan Kit Siang bapak rasis.

22 tahun sebagai Perdana Menteri dan lebih dari itu tempohnya sebagai ahli politik, Mahathir sudah tentu lebih tahu akan ke’rasis’an DAP.  Lagipun DAP tidak pernah menyaman Mahathir atas kenyataannya itu, seakan mempersetujui apa yang dikatakan Mahathir.

Dakwaan Ramasamy seperti disiarkan portal berita pro pembangkang itu ternyata palsu, malah turut dinafikan tuan punya badan sendiri tapi tidak menjadi masalah kepada Ramasamy dan portal berita pembangkang untuk menyebarkannya dan setakat yang penulis tahu, kesemua mereka tidak pula menarik balik laporan tersebut sekalipun sudah terbukti tidak benar.  Kalau dah pengusaha yang berkenaan pun nafi pernah keluar kenyataan seperti itu, apa keperluan lagi nak berdebat mengenainya?

Sehingga Ramasamy menjelaskan maksud di sebalik kenyataan seperti itu atau sama ada portal yang berkenaan tersalah faham kenyataannya, ramai berangapan dakwaan seperti itu adalah bertujuan untuk mencetus ketegangan agama di Malaysia.

Kita faham, sejak bekerjasama dengan Mahathir, DAP kehilangan sokongan kaum India dalam jumlah yang besar.  Tapi takkanlah terpaksa mengeluarkan fitnah seperti ini untuk menarik kembali sokongan yang semakin kurang?  Cari cara lain atau paling tidak desak anak beranak Lim supaya tamatkan kerjasama yang ternyata tidak menguntungkan itu.

Sehingga dinafikan sebaliknya, kenyataan Ramasamy ini perlu dilihat sebagai mewakili DAP kerana sehingga setakat artikel ini ditulis, kita tidak melihat sebarang bantahan dari pucuk pimpinan DAP yang lain walaupun parti itu hari-hari menjustifikasikan mereka sebagai tidak rasis dan layak memimpin seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama.

Mulut cakap lain tapi buatnya lain.






Leave a Reply

Threesome