Menu Utama

PKR Goyah Di Kelana Jaya, Peluang BN Rebut Kerusi Parlimen

SEJAK dua penggal yang llalu pembangkang yang diketuai DAP “bermaharalela” Di Selangor. Kerusi di kawasan Subang Jaya dan Kelana Jaya merupakan antara kubu kuat mereka. Namun kini mereka mula merasa goyah memandangkan berlaku pergolakan dalaman yang dilihat semakin retak menanti belah sahaja.

Malah Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR, Wong Chen sendiri mengakui hakikat ini berdasarkan pengalaman beliau sejak kebelakangan ini yang terpaksa berdepan dengan tekanan dari dalam parti sendiri. Isu audit dan pembekuan peruntukan yang membabitkan kerusi Parlimen yang diwakili beliau pada masa ini dilihat berpotensi besar untuk menjejaskan peluang parti itu untuk mengekalkannya pada pilihan raya umum akan datang.

Wong Chen memenangi kerusi itu dengan majoriti 28,827 dalam pilihan raya umum 2013 sekaligus menjadikannya ‘kerusi yang sangat selamat untuk PKR’. Menurut beliau ianya adalah kerusi kedua terbaik untuk PKR selepas Pandan.

Persoalan yang masih bermain di fikiran rakyat, mengapa Wong Chen dijadikan sasaran oleh kepimpinan kanan PKR sehingga menyebabkan audit dalaman dijalankan dengan pembekuan peruntukan sehingga rakyat meneka wujudnya skandal pejabat Adun tersebut.

Ironinya pula Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegur Wong kerana mempersoalkan urusan audit yang dijalankan ke atas peruntukan kawasan Parlimen itu dengan mengatakan audit dijalankan tanpa menghiraukan hubungan politik.

Kita juga sedia maklum bahawa wujud beberapa ke dalam PKR dan yang sering disebut-sebut adalah kem Azmin dan kem Wan Azizah. Adakah pertembungan antara kem ini menjadi punca Wong Chen “diserang” sehingga berkemungkinan menjejaskan peluang beliau untuk bertanding dalam PRU14 kelak.

Berdasarkan beberapa kenyataan Wong Chen, kesan dari serangan tersebut seolah-olah membuka peluang kepada Barisan Nasional untuk merampas semula kerusi Parlimen Kelana Jaya. Jika perkara ini benar maka sepatutnya BN perlu bekerja keras dan menyusun strategi bagi menghadapi PRU14.

Kadangkala peluang hanya muncul sekali. Sekiranya BN mensia-siakan peluang ini mungkin mereka tidak akan berpeluang lagi untuk mengembalikan kegemilangan BN di Selangor.






Leave a Reply

Threesome