Menu Utama

Pesan PM Agama jalan Kesejahteraan.

oleh Kang Nasir

“Bila kita berpegang teguh kepada agama ianya dapat membentuk kehidupan yang sejahtera.” Kerana ISLAM JALAN PENYELESAIAN.

Sepatutnya. Nasihat-nasihat yang baik sebegini datangnya dari lidah para ilmuan. Tapi malangnya majority ilmuan sendiri seperti macam macai, malah nafsu mereka lebih buas dari srigala sehingga mempergunakan kesucian agama untuk dikorbankan memburu kepuasan nafsu mereka.

Allah sudah tunjukan jalan kebaikan.
Tetapi NAFSU kita sendiri yang memilih jalan kemudaratan yang membinasakan diri dikemudian hari.

Kita tidak ada upaya apapun tanpa pertolongan dari Allah. Dan Allah Maha Pengasih & Penyayang.Tidak sedikit pun Allah menzalimi kita kerana yang menzalimi kita itu adalah NAFSU kita sendiri.

Perkara ini Allah telah peringatkan dalam Quran.
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.”
(Surah Yusuf: ayat 53).

Dan Firman Nya dalam surah yang lain bermaksud.
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.”
( Yunus : ayat 44 )

(Iaitu NAFSU kita sendiri yang mendorong kita MENZALIMI DIRI sendiri)

Sepatutnya, tak payahlah kita menyusahkan diri dengan bersusah payah memfitnah mencaci mencela Najib dengan alasan TIDAK BERPUAS HATI sedangkan perbuatan keji yang dilaknat Allah itulah punca kita jauh dari rahmat Allah sebab itulah kita susah jiwa tidak tenang hati sempit akal celaru sampai ada kalanya hingga hilang akal hilang pedoman kerana menuruti NAFSU.

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!”
(Al Humazah : ayat 1-3)

Dalam Al Quran dan Sunnah khususnya dengan amalan tasawuf Allah sudah tunjukan jalan kebaikan kesenagan kebahagiaan untuk kita didunia hingga akhirat. Walaupun tidak mewah tetapi mencukupi keperluan kita untuk terus menjalankan amal ibadah bertaqwa kepada-Nya.

“.. dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(At Talaq ayat 2-3)

Jadi, kenapa kita tidak berusaha memilih jalan yang baik yang terbentang luas dalam islam? Kenapa perlu ikut hasutan dajal serta syaitan-syaitan laknat DAP, RBA, SR, piji dan lain-lain?

Sebab itulah saya tidak menyalahkan penyokong pembangkang yang TAAT GILA kepada suruhan DAP. Kerana mereka sudah tidak diajak oleh ulama #PakLebai politik dan #PakWahab yang berhati srigala agar menjadikan islam sebagai amalan kerana mereka sendiri pun berlumba-lumba mengejar kemegahan dunia lalu menghasut mengajak saudara mukmin yang lainnya turut sama terjun keneraka. Na’uzubillah.

Sepatutnya, dengan berpandukan Quran dan Sunnah sudah tersedia garis panduan kearah kebaikan bersama. Malangnya disebabkan RAKUSNYA #NAFSU #PakLebai politik dan #PakWahab kita semua dihasut diajak bersengketa walhal Allah sudah peringatkan jika kita #BERIMAN maka kewajipan kita mendamaikan pertelingkahan malangnya para TAHFIZ dlm politik GILA MENGHINA MENGHUKUM.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”.
( Al-Hujurat : ayat 10 )

Lagipun, Agama Adalah Nasihat,
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
” Agama itu adalah nasihat”. Kami bertanya, “Untuk siapa?” Baginda menjawab, “Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Semoga dengan nasihat PM kita semua mampu muhasabah diri kearah kesejahteraan diri dunia hingga akhirat nanti. In’shaa Allah.

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺍِﻧَّﺎ ﻧَﺴْﺄَﻟُﻚَ ﺳَﻼَﻣَﺔً ﻓِﻰ ﺍﻟﺪّﻳْﻦِ ﻭَﻋَﺎﻓِﻴَﺔً ﻓِﻰ ﺍﻟْﺠَﺴَﺪِ ﻭَﺯِﻳَﺎﺩَﺓً ﻓِﻰ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺔً ﻓِﻰ ﺍﻟﺮّﺯْﻕِ ﻭَﺗَﻮْﺑَﺔً ﻗَﺒْﻞَ ﺍﻟْﻤَﻮْﺕِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔً ﻋِﻨْﺪَﺍﻟْﻤَﻮْﺕِ ﻭَﻣَﻐْﻔِﺮَﺓً ﺑَﻌْﺪَﺍﻟْﻤَﻮْﺕِ

“ALLAAHUMMA INNAA NAS-ALUKA SALAAMATAN FID DIINI WA ‘AAFIYATAN FIL JASADI WA ZIYAADATAN FIL ‘ILMI WA BAROKAATAN FIL RIZQI WA TAUBATAN QOBLAL MAUTI WA ROHMATAN ‘INDAL MAUTI WA MAGHFIROTAN BA’DAL MAUTI”

“Ya Allah kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan/kesegaran pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rizqi, serta bertaubat sebelum mati, dan rahmat di waktu mati, dan kemampuan sesudah mati.”

Aamiin.






Leave a Reply