Menu Utama

Perjuangan Bahasa Melayu Harus Rasional dan Menyeluruh, Bukan Menyekat Doktor

Oleh Ab Jalil Backer

1. Saya antara yang mula membantah keputusan mengugurkan syarat lulus bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia bagi pegawai perubatan sementara. Kemudian saya mengambil keputusan memadam tulisan tersebut kerana satu faktor sahaja – RASIONAL.

2. Apabila dibaca keseluruhan teks saya dapati kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan telah disensasikan sedangkan ada implikasi lebih baik kepada bahasa Melayu.

3. Sejak Januari 2017, semua pegawai perubatan tetap mesti mempunyai kelulusan bahasa Melayu di peringkat SPM. Maknanya, sebelum ini ada yang diberi pengecualian.

4. Oleh kerana tiada pengecualian lagi maka timbul masalah kepada para siswazah yang mempunyai ijazah kedoktoran tetapi tidak melalui Sijil Pelajaran Malaysia.

5. Mereka ini boleh sahaja terdiri daripada anak-anak pegawai kedutaan, diplomat dan mereka yang belajar di sekolah antarabangsa dan mengambil O-Level.

6. Dilema timbul kerana kesimpulan dalam Seksyen 13 (2) dan 40 Akta Perubatan 1971 ialah graduan perubatan perlu menjalani latihan praktikal (haousemanship) selama dua tahun dan khidmat wajib selama dua tahun di hospital kerajaan.

7. Justeru kerajaan memberi kelonggaran bahawa mereka yang tidak mempunyai kelulusan bahasa Melayu SPM untuk menjawat jawatan pegawai perubatan sementara bagi memenuhi keperluan undang-undang mendapatkan lesen pengamal perubatan.

8. Tidak mempunyai kelulusan bahasa Melayu di peringkat SPM bukan bermakna mereka tidak boleh berbahasa kebangsaan langsung.

9. Perjuangan bahasa harus melihat skop yang besar. Baru kita tahu rupanya sebelum ini ada pegawai perubatan yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Melayu di peringkat SPM boleh menjawat jawatan secara kontrak. INI TELAH DIMANSUHKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN PADA JANUARI 2017.

10. Jadi dari segi kedudukan bahasa Melayu di Kementerian Kesihatan ia telah diperkasakan, bukan direndahkan.

11. Kesedaran kepentingan bahasa Melayu penting, namun jika kita “menayalak pada bukit yang salah” ia akan hanya melemahkan tuntutan itu sendiri.

12. Kepentingan bahasa kebangsaan akan dirasai jika ada undang-undang mewajibkan segala pengumuman kerajaan dan swasta dibuat dalam bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

13. Kunjungilah kompleks-kompleks membeli belah mega di negara ini dan lihat sendiri di mana kedudukan bahasa Melayu.

14. Hadiri pula mesyuarat-mesyuarat pegawai tertinggi kerajaan Malaysia hari ini, bahasa apa yang mereka gunakan.

15. Dulu allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat pernah mewajibkan semua syarikat tempatan yang hendak berurusan dengan Kementerian beliau menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya atau berhadapan surat dibakulsampahkan. Sekarang ada lagi?

16. Justeru pejuang bahasa kebangsaan perlu bertanya, apakah keutamaan kita sebenarnya?

17. Bergaduh hal yang palsu, yang sebenarnya menguntungkan bahasa kebangsaan; atau mewujudkan satu gerakan menyeluruh memaksa kerajaan dan swasta mengutamakan bahasa kebangsaan dalam urusan mereka dengan masyarakat?

18. Bahasa kebangsaan akan berkembang dan kukuh jika ia menjadi sebahagian daripada hidup rakyat.

19. Ia akan mati jika sekadar menjadi syarat meminta kerja tetapi keseluruhan kehidupan harian di kota besar Kuala Lumpur berlegar dengan bahasa Inggeris dan mandarin.

20. Tanya diri kita semua, di mana perancangan agenda memperkasakan bahasa kebangsaan dan bandingkan diri kita dengan Indonesia atau Thailand!-MYKMU.NET






Satu Komen to Perjuangan Bahasa Melayu Harus Rasional dan Menyeluruh, Bukan Menyekat Doktor

  1. System baru says:

    Aku sokong telalu banyak kita bagi pada kaum cina tak berapa lulus Bm jadi doktar dan pegawai perubatan, sedangkan syrikat cina meletakan syarat bahasa mandarin di malaysia, sepatut orang cina malaysia patut berasa malu dengan cina thailand mahir cakap thai dan cina Indonesien mahir bercakap bahasa melayu

Leave a Reply

Threesome