Menu Utama

Pakatan Nak Jatuhkan Najib Untuk Kenakan Mahathir Ke?

PAKATAN sudah jadi parti lintang pukang – belum pun secara rasmi didaftarkan.  Ini setelah bini Anwar, Azizah berkata dia akan menyokong siasatan ke atas Mahathir KALAU Pakatan menang dalam PRU14.  Azizah adalah presiden, Mahathir adalah Pengerusi perasan Presiden dalam Pakatan.

Cakap Azizah ini bermakna, Presiden Pakatan akan menyokong siasatan dijalankan ke atas Pengerusi Pakatan – tak ke lawak?

Habis kalau dah macam itu gayanya, jadi hairan pulak kita kenapa Pakatan susah-susah nak backup semua dosa-dosa Mahathir yang dulu, balun dia macam mana biasa, kan senang?  Ini dalam backup semua dosa Mahathir, nak ambik tindakan ke atas dia kalau menang pulak? Baik tak payah backup macam itu.

Kadang-kadang terfikir juga, adakah Pakatan bersungguh-sungguh nak jatuhkan Najib ni untuk balas dendam kepada Mahathir, bukan sebab Najib sangat?

Apa pun kita menunggu wakil dari DAP buka mulut lah dulu.  Azizah, walaupun Presiden tapi kuasa mutlak dalam Pakatan bukan terletak pada dia, sebaliknya DAP – ini semua orang pun tahu tanpa perlu ulasan panjang-panjang.  Macam main wayang kulitlah, tak bergerak boneka dengan sendiri kalau bukan Tok Dalang dibelakang gerakkan.

Tapi kalau DAP tidak senada dengan Azizah, itu bermaksud Azizah bercakap macam ini semata-mata untuk meredakan ketegangan dalam PKR berikutan penolakan Otai Reformasi terhadap perlantikan Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan semalam – yang membawa kepada perletakan jawatan beberapa orang daripada mereka.

Azizah, selain mengipas-ngipas, apa la yang dia tahu pasal politik? Itu yang bila sesekali dia buka mulut, terasa macam dengar orang mabuk bercakap.






Satu Komen to Pakatan Nak Jatuhkan Najib Untuk Kenakan Mahathir Ke?

  1. Memang Baik says:

    Azizah tahapnya tahap suri rumah saja . Berpolitik nya dia kerana terpaksa atau di paksa. Ter atau di kurang penting untuk dibahaskan , namun paksa tetap paksa. Maknanya berlainan dengan rela.

    Azuzah berpolitik dengan baca text yang diberi sebab itu semasa dia Di temuramah oleh stesen tv dia sendiri pun tak faham Apa yang dia jawab kerana ketiadaan text . Memang Kita tahu azizah tak semudah itu memaafkan M. Tapi tak payah wujud suasana huruhara pada orang pencen tu.

Leave a Reply

Threesome