Menu Utama

Nasib Mahathir – Bergolak Dalaman, Disepak Pakatan

DI KALANGAN penggerak reformasi 1998, kumpulan Otai Reformasi ini adalah yang paling elit, terbaik di kalangan terbaik.  Elit macam mana, terbaik rupa bila?  Berdepan dengan FRU, air gatal dan gas pemedih mata dalam demosntrasi setelah Anwar dipecat Mahathir 1998 dulu – di kala 1000 orang lari ke belakang, puak-puak ini yang tinggal berhadapan.

Kalau tak mara, dia tak berganjak ke mana, tapi nama lari ke belakang, tidak sekali – itu Otai Reformasi.

Pada kami, puak ini bodohlah, orang lain cabut yang dia tunggu FRU datang tu buat apa?  FRU tu, walaupun hanya seorang dia, auranya macam 10 orang. Dah banyak demo tengok dah, jangan buat main dengan FRU.  Tapi kumpulan yang satu ini dia tak gentar FRU datang, sebab itu dikalangan penyokong dan penggerak reformis, puak ini ada kedudukan tinggi.

Bukan itu saja kelebihannya, puak ini keluar masuk “Istana Kamunting” (ditahan ISA atas arahan Mahathir), macam masuk keluar jamban. Tak hardcore ke namanya tu?  Banding dengan orang yang setia dengan Mahathir hari ini, jauh benar bezanya.

Pun begitu, satu yang pasti, puak ini bukan saja taat kepada Anwar tapi mereka juga adalah pembenci Mahathir nombor satu.  Buktinya, walaupun Anwar diam-diam jumpa Najib minta nyawa (guna Jusof Kalla sebagai orang tengah) bila tahu nak kalah dalam PRU13 dulu, puak ini tetap setia dengan Anwar  sekalipun tindakan itu boleh dianggap seperti menjual diri dan perjuangan demi kepentingan sendiri – sebab Anwar jumpa Najib.

Tapi jangan Mahathir, itu pantang terbesar yang sekarang sudah dilanggar oleh mereka yang hanya menuai untung hasil pengorbanan aka kebodohan kumpulan ini dulu.  Bodohlah, dah macam-macam yang terkorban, sekali yang di atas-atas shake and bake dengan Mahathir macam itu saja.

Dan inilah yang kita lihat penentangan yang berlaku bila kumpulan berkenaan isytihar tidak sokong kerjasama Pakatan dengan Mahathir semalam.  Sekalipun semua orang dalam Pakatan tak berselindung bahawa kerjasama dengan Mahathir hanya pura-pura supaya Najib tumbang, mereka jadi kerajaan dan Mahathir dapat bawak masuk semua hartanya yang tersekat di luar negara – kumpulan Otai Reformasi ini tetap dengan pendirian Mahathir bukan jenis yang boleh dibuat kawan.

Apa pun, yang paling teruk menerima kesan dari penolakan Otai Reformasi ini ialah Mahathir.  Dia cakap saja gah, tak sedar dalam partinya sendiri bertelagah, dalam Pakatan pulak ditolak sampai sudah. Dia fikir buat u-turn macam itu semua benda selesai macam itu saja?  Betul, iblis pun asalnya dulu Malaikat, tapi ini Mahathir yang kita cakap – malaikat dah tentu bukanlah, Iblis?  Tak beranilah nak kata tapi fikir sendiri sajalah jenis makhluk apa ‘jual’ semua demi harta?

 






4 Komen to Nasib Mahathir – Bergolak Dalaman, Disepak Pakatan

  1. Memang Baik says:

    Sejak dia letak jawatan dia belum pernah bersara sebenarnya. Dari zaman Pak Lah lagi dia maintain dia hangatkan dengan harapan Pak Lah ikut cakap dia.

    • Memang Baik says:

      Bila terbukkti Pak Lah tak ikut cakapnya, disingkirnya Pak Lah dengan cara menunggang belakang Midin.Pak Lah lebih tidur dari kerja katanya. Tapi kalau tidur pun sepanjang hari Pak Lah, cara mana ruginya dia. Masa tu kita masih belum nampak muslihat sebenar dia walau dia kutuk Pak Lah dan menantu Pak Lah tiap hari

      • Memang Baik says:

        Bila dia guna nawaitu yang sama terhadap Najib baru kita perlahan2 nampak sebab musabab nya. Kita dengar dia dan konco berbelanja bukan sedikit duit untuk dudukan najib baru kita faham bahawa di belanja duit untuk dapat duit. Duit dia bukan sedikit yang tersorok diluar yang hanya boleh dibawak masok hanya dengan dia atau anaknya jadi PM. Dengan jawatan itu semua dasar bersangkutan boleh ditukar dan dia boleh bawak masok semua yang tak boleh masok.

        Dia sedar dengan Anwar jadi PM atau Midin, atau Lim Kit Siang atau Mat Sabu atau Mat Lancau sekali pun tidak akan menjamin dia laksanakan kerja yang belum siap itu. Berganding dengan mereka2 itu Boboinya perlu jadi No. 2. Itulah yang dicaturkan selama ini. Dia tak boleh nafikan hal ini kerana ini sudah jadi rahsia terbuka.

        • Memang Baik says:

          Itu lah dia yang kita panggil hamba duit. Bila jadi hamba duit serupa macam pak dukun yang jadi hamba setan dan iblis belaan nya. Untuk apa bela setan, untuk buat jahat kerana setan hanya buat kerja jahat. SEtan tak pernah buat benda yang baik kerana kalau setan buat benda baik itu setan murtad namanya. Tebalik dari resmi manusia kerana setan memang dijadikan begitu..

Leave a Reply

Threesome